YB Nurul Izzah Hanya Menyebut Perkara Asa Dalam Surah Al Baqarah...
APA macam masyitah..?..apa komen ahli n penyokong umno sekalian..?..pencacai xnak putar belit lagi ker..?..ki..ki..
7 November: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura),
Abdul Ghani Shamsudin mempersoal tahap kewarasan media Umno apabila
sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah
Anwar sehingga ada yang mempertikai akidahnya.
Katanya, media
Umno seolah-olah diperalat supaya memesongkan pemikiran rakyat kepada
parti pemerintah semata-mata pilihan raya semakin hampir.
“Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka
semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang
disiarkan mereka.
“Kalau mereka tak tahu pasal agama, jangan
berani putar belitkan kenyataan terutama melibatkan soal agama,” katanya
ketika dihubungi.
Tegas beliau, tiada apa yang perlu diisukan
berhubung kenyataan Nurul Izzah sedangkan beliau hanya menyebut perkara
asas dalam surah al Baqarah mengenai beragama.
“Apa yang
diperkatakan Nurul Izzah itu betul, cuma mereka (media) putar belit.
Tindakan mereka mengaitkannya dengan isu murtad sama sekali tidak betul
kerana isunya sekarang kebebasan agama.
“Murtad isu
lain…maksudnya ia tertakluk kepada yang sudah beragama Islam. Jadi
kenapa media kaitkan isu ini pula,” jelas beliau.
Abdul Ghani
berkata, tujuan sebenar media kawalan Umno bukan mahu membela agama,
tetapi demi menjaga pemerintah yang di ambang kebangkitan rakyat.
“Tujuan media Umno itu jelas, mereka dipulun setiap hari untuk cari
kesalahan parti pembangkang. Sebab itu mereka gunakan media BN untuk
burukkan Pakatan Rakyat,” ujarnya
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.