Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau
sudah lali dengan tuduhan dan serangan yang dilakukan terhadap keluarga,
terutama suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terbaru, ke atas anaknya.
Ini kerana katanya, serangan tersebut tidak berhenti, sejak dari dulu
hingga sekarang dan hanya berserah kepada Allah S.W.T supaya diberi
kekuatan.
“Pelbagai tuduhan dibuat ke atas kami terutamanya ke atas Anwar. Kami sudah lali dengan tuduhan dan serangan-serangan begini.
“Kami cuma boleh minta bantuan Allah dan minta kami boleh atasinya,” kata Wan Azizah dipetik Sinar Harian.
Anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar menjadi mangsa serangan terbaru Umno
BN apabila difitnah berhubung kenyataan beliau pada sebuah forum awal
bulan ini.
Utusan Malaysia pada
muka depannya minggu lalu memanipulasi kenyataan Ahli Parlimen Lembah
Pantai itu dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa
Bertanggungjawab’.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa,
kenyataan Izzah tentang kebebasan beragama disifatkan beliau sebagai
mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN itu melampau.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya sebelum ini
berkata, sebarang laporan perlu diteliti dan diperjelas 100 peratus
sebelum menyatakan pandangan, apatah lagi ia dilapor Utusan.
Pandangan Hadi disokong Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia
(Shura), Abdul Ghani Shamsudin yang menjelaskan, semakin dekat pilihan
raya ini, tahap kesiuman media Umno semakin rendah.
Senada dalam isu ini, juara program realiti Imam Muda musim pertama,
Muhammad Asyraf Ridzuan berkata, ada pihak sengaja memperbesarkan isu
murtad dan kebebasan beragama supaya nampak teruk dan dijadikan topik
hangat sebagai platform untuk menyerang Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.