|
|
KETIKA
Mingguan Malaysia diarah memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh,
Teresa Kok berhubung sebuah cerpen yang memfitnah beliau, ramai di
kalangan pembaca Melayu akhbar itu sudah melupai bilakah cerpen itu
diterbitkan dan reaksi-reaksi menggila pemimpin Umno dan badan-badan
bukan kerajaan (NGO) pro-Umno terhadapnya.
Ramai
juga yang tidak memperdulikan pengakuan penulis cerpen itu, Chamil
Wariya bahawa karyanya telah diubah suai pengarang akhbar terbabit
sehingga 'membunuh' imej Teresa sebagai wakil rakyat.
Malah
ketika Utusan Malaysia diarah membayar ganti rugi kepada beberapa
pemimpin PAS yang dilapor fitnah, ramai juga orang Melayu pembaca setia
akhbar itu tidak lagi mengingati apakah isu yang diputarbelitkan Utusan
Malaysia sehingga mengakibatkan ia menghadapi saman fitnah.
Begitulah
hebatnya akhbar milik Umno itu dalam 'membentuk fikiran pembaca'
khususnya para penyokong Umno. Mungkin 'tagline' paling tepat bagi
digunakan Utusan Malaysia bukanlah 'penyebar fikiran rakyat' tetapi
'fitnah dahulu, bayar kemudian'.
Kini
sekali lagi Utusan Malaysia muncul dengan strategi yang sama. Kali ini
dengan memutarkan isu kononnya Timbalan Presiden KeADILan, Nurul Izzah
Anwar menggalakkan orang Melayu murtad.
Secara
tiba-tiba media massa pro-BN diketuai Utusan Malaysia muncul sebagai
'pembela akidah Islam' walaupun sebelum ini tidak langsung bersuara
terhadap kebiadapan Presiden MCA memperlekeh dan menghina syariah Islam.
Malah setelah kenyataan sekutu Umno itu seakan memakan diri, akhbar
milik Umno itu menyediakan ruang pula kepada Chua Soi Lek untuk
menjelaskan penghinaannya terhadap hukum hudud.
Komen-komen
liar pemimpin Umno dan sekutu-sekutu mereka terhadap kenyataan Nurul
Izzah juga jelas tidak matang, berniat jahat dan pre-emptive. Lebih
memualkan komen-komen tersebut dibuat semata-mata atas laporan akhbar
dan tidak memetik langsung kenyataan asal Nurul Izzah.
Di
awal isu ini diputarkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah pun
mengeluarkan kenyataan media yang menjelaskan perkara sebenar. Bagi
panduan bersama disiarkan semula kenyataan media tersebut:
"Saya
ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah
saya menghadiri satu forum bertajuk 'Islamic State: Which version? Whose
responsibility?' sebagai seorang panelis.
"Sewaktu
sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu
paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya
menegaskan ungkapan – 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)...' –
daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini
merangkumi seluruh umat manusia.
"Namun
ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah
memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam;
sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan
Persekutuan.
"Saya
kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah
saya meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih
untuk murtad.
"Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh akidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.
"Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama."
Begitu
jawapan pandat dan ringkas yang diberikan Nurul Izzah yang sepatutnya
boleh merungkaikan segala kemunykilan dan salah faham yang sengaja
dimainkan media pro-BN.
Namun
seperti mana biasa, penjelasan Nurul Izzah tidak langsung diterbitkan
oleh media massa pro-BN yang mencetuskan isu ini. Apa yang ada cumalah
'komen-komen menggila' yang diberikan pemimpin tertinggi Umno, NGO-NGO
sekutu Umno juga ahli agama yang sengaja membiarkan diri diperbodohkan
oleh 'spin doctor' BN.
Nurul
Izzah sudah pun memulakan tindakan menyaman dua akhbar pro-BN kerana
memutarbelitkan kenyataan beliau. Laporan juga telah dibuat kepada
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Kita
yakin jika Utusan Malaysia dan Berita Harian diarahkan membayar ganti
rugi kepada Nurul Izzah beberapa tahun lagi, isu ini tidak lagi diingati
para pembaca.
Nampaknya
pesta 'membodohkan Melayu' ini tetap menjadi agenda Utusan Malaysia.
Tanpa menghiraukan impak kehadiran media baru yang mencabar dominasi
media konvensional, isu-isu membabitkan pemimpin lawan BN (khususnya
Pakatan Rakyat) terus dimainkan Utusan dan media massa pro-BN. Tujuannya
satu, untuk memburukkan Pakatan Rakyat dan memastikan sokongan Melayu
terus kekal buat Umno dan BN.
Sampai
bilakah strategi 'ketinggalan zaman' yang merugikan bangsa Melayu ini
mahu diteruskan. Sudah lebih 50 tahun Melayu dibuai sentimen sedangkan
buaian sentimen ini gagal menjadikannya bangsa yang berdaya saing, hatta
dengan bangsa sendiri di seberang tambak sana.
Pencacai SeMalaysia

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.