Gelombang
perubahan berterusan di Sabah kian sukar dibendung sekaligus
menyaksikan rakyat negeri ini kian beralih arah kepada Pakatan Rakyat.
Buktinya, seramai 213 orang ahli
Umno dan Barisan Nasional (BN) merangkumi empat buah parti iaitu Parti
Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Umno dan Parti
Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) telah mengisytiharkan
dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang
Tenom.
Mereka telah menandatangani secara TRANSPARENT borang penyeraan tanpa ada paksaan dari sesiapa dalam majlis itu, malam tadi.
Halik Zaman ketika mengalu-alukan
penyertaan bekas ahli parti BN ke dalam KEADILAN Cabang Tenom bermakna
sudah sebilangan besar rakyat Tenom menolak BN yang mereka anggap parti
kuno yang sudah tidak berfungsi membela nasib rakyat khasnya rakyat
Tenom dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Salah seorang bekas ahli BN, Taib
Kimin berkata, "Kami sudah mengambil keputusan muktamad. Kami sudah
rasa jadi anggota BN bagai anak tiri kepada Umno dan kami tidak rela
selama-lamanya bagai katak bawah tempurung tanpa melihat dunia yang
sering berubah ubah. Kami pilih PKR sebagai wadah politik kami mahukan
perubahan dalam hidup kami."
Borang penyertaan mereka akan diproses di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya, Selangor dalam masa terdekat.
Sementara itu, dalam satu lagi majlis berasingan, Saimon
Sambang yang merupakan Ketua Cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) bersama
Setiausaha SAPP Cawangan Kampung Lalandang, Arus Paran juga dengan
rasminya menyertai PKR Cabang Tenom.
Setiap kampung diadakan ceramah kelompok menerangkan hala tuju KEADILAN.
Kelihatan Masdin Tumas sedang
memberi penerangan dalam Buku Jingga yang kini dicadangkan oleh Pakatan
Rakyat yang boleh mengubah hidup rakyat Sabah dan Malaysia lebih baik
dari transformasi Najib Altantuya yang penuh dengan janji kosong dan
pembohongan.
Menurut Leong
Chau Chu, kalau menang pun Parti Reformasi Sabah (STAR) satu atau dua
kerusi ia tidak ke mana-mana. Kerana parti STAR sebuah parti kecil yang
berpusat di Sarawak "serba serbi kekurangan".
Terpaksalah setiap kali mesyuarat AJK semua AJK Bahagian dikerah menderma RM100 seorang barulah mesyuarat boleh dijalankan.
Beliau menyertai KEADILAN sebuah parti nasional yang mewakili semua bangsa dalam Negara Malaysia.
Laporan Halik Zaman, Ketua KEADILAN Cabang Tenom, Sabah
Jalan Pulang blogspot
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.