Bertempat
di Kampung Marais Lama, Tenom, Sabah, seramai 78 orang ahli Parti
Bersatu Sabah (PBS) secara inblock keluar dari parti itu lalu memilih
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebagai wadah perjuangan politik mereka
kerana sudah bosan dengan 'Main Wayang' Rubin Balang kini sudah tujuh
penggal menjadi ADUN tapi yang nyata dan yang nampak di mata rakyat,
beliau cuma memperkayakan diri sendiri dan kroni-kroninya sahaja,
menurut Andarias Amukul, salah seorang pengikut tegar Barisan Nasional
(BN) suatu ketika dulu.
Halik
Zaman selaku Ketua Cabang KEADILAN Tenom ketika mengalu-alukan
penyertaan 78 orang ahli PBS, beliau dengan senang hati mengalu-alukan
mereka menyertai KEADILAN Tenom.
Menurutnya,
rakyat jangan lagi percaya yang kononnya perdana menteri Najib
Altantuya turun padang berjumpa rakyat untuk menunaikan janji BN setelah
49 tahun diberi mandat untuk memerintah negara.
“Umno,
PBS, UPKO (Parti Kadazandusun Murut Bersatu), PBRS (Parti Bersatu
Rakyat Sabah) dalam komponan BN kini dalam keadaan sakit tenat
berjangkit. Walaupun satu karung antibiotik diberi namun penyakit
berjangkit pastinya akan membawa maut kepada BN dalam pilihanraya umum
akan datang dan ia pasti berlaku."
Beliau turut menyindir kelemahan pentadbiran Kerajaan BN pimpinan Najib Altantuya yang penuh dengan rasuah dan fitnah.
Halik
semasa mengadakan sidang media di pejabatnya menolak berita fitnah
dalam akhbar Daily Express baru-baru ini dan tulisan Ronneie Charles
Klassen di blog miliknya yang penuh dengan taktik kotornya memfitnah
kononnya KEADILAN Cabang Tenom sudah bercelaru dan haru biru.
Tapi
hakikatnya jelas dibuktikan secara telus betapa kuatnya AJK cabang
berkerja keras turun padang dan berkempen dari rumah ke rumah.
Bila
diajukan soalan dari pemberita sudah berapa bekas ahli BN menganggotai
KEADILAN Tenom semenjak beliau mengetuai cabang tersebut, beliau enggan
menjawab soalan dengan alasan itu hal dalaman parti.
Turut memberi ucapan ialah Masdin Tumas selaku Timbalan Ketua Cabang Tenom dan Sapiang Keluhu, AJK Biro Kebajikan.
Disusun semula dari Facebook Halik Zaman, Ketua KEADILAN Tenom, Sabah.
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.