Perwakilan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam ucapannya juga berkata, soal menentukan kuasa pentadbiran sesebuah negara adalah hak Allah.
"Dalam soal kuasa, sepanjang 55 tahun, Dia memilih Umno yang memerdekakan tanah air.
"Umno dah diberi amanah, diberi kuasa... Apa yang dilakukan? Umno buat pelbagai Islah, keluarkan daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu, memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya.
Dalam ucapannya, Reezal turut mempersoalkan gelaran "Musyidul am" yang diberikan PAS kepada pemimpinnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Gelaran "mursyid" itu bermaksud "petunjuk", tetapi Nik Aziz sebelum ini didakwa memberi gambaran bahawa Umno merupakan parti murtad, kata Reezal.
"(Sebaliknya) ini 'Mudhilul 'Am, penyesat nombor satu," katanya sambil mambaca sepotong ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kisah nabi Musa dan Fir'aun.
Turut menjadi sasarannya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "pengkhianat" atas beberapa kenyataan ketua umum PKR itu yang didakwanya menyokong keselamatan Israel.
"Barack Obama, David Cameron tidak (pernah) mengeluarkan (kenyataan)... Tidak ada keluar melainkan ketua pembangkang. Bukankah itu (dikatakan) pengkhianat?," kata Reezal.
Jeebond
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.