Aboo Muaz
KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan lokasi
pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara
selepas pelaksanaannya fasa pertama yang melibatkan 14 lokasi daripada
831 kawasan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, bagi
14 lokasi itu, pihaknya ingin melihat keberkesanan pemasangan sistem
itu dan mempertingkatkannya dan kemudian barulah lokasi fasa kedua di
negeri lain akan djalankan.
“Kita akan memperluaskan penguatkuasaan termasuk di Kelantan, apa yang
perlu saya katakan, sistem ini adalah untuk mendidik pengguna, ” katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Solah berkata, sistem itu dilaksanakan di 831 kawasan ‘hitam’ kemalangan termasuk di 270 lokasi lampu isyarat.
Setiap kamera di kawasan terlibat akan dipasang papan tanda isyarat
kawasan bagi membolehkan orang ramai berjaga-jaga sebelum tiba di
kawasan berkenaan, katanya.
KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan lokasi pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara selepas pelaksanaannya fasa pertama yang melibatkan 14 lokasi daripada 831 kawasan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, bagi 14 lokasi itu, pihaknya ingin melihat keberkesanan pemasangan sistem itu dan mempertingkatkannya dan kemudian barulah lokasi fasa kedua di negeri lain akan djalankan.
“Kita akan memperluaskan penguatkuasaan termasuk di Kelantan, apa yang perlu saya katakan, sistem ini adalah untuk mendidik pengguna, ” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Solah berkata, sistem itu dilaksanakan di 831 kawasan ‘hitam’ kemalangan termasuk di 270 lokasi lampu isyarat.
Setiap kamera di kawasan terlibat akan dipasang papan tanda isyarat kawasan bagi membolehkan orang ramai berjaga-jaga sebelum tiba di kawasan berkenaan, katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.