Followers

Sunday, November 25, 2012

TUTUP DATARAN : Alasan DBKL Untuk Naik Taraf ?


ELOK LA UMNO/BN PAJAK TERUS DATARAN MERDEKA, TULIS KAT DATARAN TU HANYA UMNO/BN SAJA BOLEH GUNA DATARAN NI, RAKYAT BIASA TERUTAMANYA YG BERFAHAMAN POLITIK LAIN TAK BOLEH GUNA DATARAN...
SETIAP KALI NGO YANG DIKATAKAN AGAK CONDONG KEPADA PR NAK GUNAKAN DATARAN MERDEKA ADA SAJA ALASAN DBKL BAGI UNTUK MENGHALANG AKTIVITI NGO TERSEBUT.


DBKL tutup Dataran untuk 'kerja naiktaraf'


Lee Long Hui

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi menutup Dataran Merdeka – kali ini dengan alasan kerja naiktaraf yang diadakan di kawasan berkenaan.

Perkembangan itu berlaku ketika kumpulan peserta perarakan Himpunan Hijau dijadualkan akan menamatkan perarakan jalan kaki 300km mereka di lokasi berkenaan hari ini.

Pada masa sama, dianggarkan seramai 100 orang anggota polis dan 30 penguatkuasa DBKL turut berada di kawasan berkenaan awal pagi ini.

DBKL juga mengadakan sekatan jalan raya di kedua-dua bahagian jalan di hadapan Dataran Merdeka – yang menghubungi Jalan Tun Perak dan Lebuh Pasar Besar – tindakan sama yang diambil semada perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Satu notis yang dikeluarkan Datuk Bandar DBKL Datuk Ahmad Phesal Talib, turut ditempatkan di tengah-tengah sekatan jalan raya itu – menyatakan bahawa kawasan tersebut ditutup untuk semua aktiviti.

Menurut DBKL, penutupan itu ekoran kerja pembaikan dan naiktaraf yang dijalankan di Dataran.

Datu kain rentang yang digantung di kawasan tersebut menyatakan, kerja-kerja berkenaan bermula pada 13 September dan akan berlarutan sehingga 11 Februari tahun depan.

Kerja berkenaan hanya membabitkan kawasan padang dan air pancut, namun DBKL bertindak menutup keseluruhan jalan di hadapan padang berkenaan .

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyekat pelancong daripada melawat dan merakam gambar di kawasan tersebut
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.