KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun
Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
tidak akan diadakan bulan depan meskipun dalam temu bual sempena
Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada
mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengatakan perkara ini kepada
ahli-ahli Umno pada majlis Taklimat Presiden yang diadakan di Dewan
Merdeka, petang ini sempena AGM kali ini.
"Datuk Seri Najib sudah mengatakan dengan jelas PRU13 bukan bulan
depan. Beliau berkata 'oleh kerana ini majlis tertutup, saya boleh
memberitahu (anda) pilihan raya bukan bulan Disember'... jadi, pasal
pilihan raya, ini bayangan yang jelas, yang disampaikan oleh Datuk Seri
Najib," kata seorang pemimpin parti kepada Sinar Harian Online.
Majlis Taklimat Presiden merupakan sesi tradisi menjelang AGM parti.
Pemimpin yang enggan namanya didedahkan menambah, Najib secara
berseloroh ada menyebut bahawa "PRU13 akan diadakan tahun depan" sambil
merujuk kepada tempoh sama ada antara Januari atau April, atau "dalam
tempoh dua bulan selepas itu."
"Kita ada antara Januari dan April dan tambahan 60 hari lagi... itu
kata Datuk Seri Najib," kata seorang lagi pemimpin bahagian merujuk
kepada tempoh dua bulan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) untuk menentukan tarikh pilihan raya.
"Bukan bulan Disember, pastinya tahun depan," kata seorang seorang lagi pemimpin memetik Najib.
Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi berkata,
tidak perlu berteka-teki lagi berhubung tarikh PRU13 kerana ia sah tidak
akan diadakan bulan hadapan.
"Perdana Menteri kata jangan tunggu lagi, pilihan raya pasti tahun depan," kata Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.
Dalam pada itu, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri
Mustapa Mohamed turut mengesahkan apa yang diberitahu Presiden Umno itu
berhubung tarikh PRU13.
"Kita perlu rapatkan perpaduan bersiap sedia untuk PRU13.
"Cabaran kita adalah bersatu dan kerja kuat... yang penting kita dapat
majoriti dua pertiga dalam PRU tahun hadapan," kata Mustapa yang juga
Pengerusi Umno Kelantan.
Dalam pada itu, Exco Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, Najib ada memberi gambaran tentang PRU13.
"Semua nantikan pilihan raya tahun depan bukan tahun ini," katanya.
Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan. Parlimen
akan terbubar secara automatik selepas itu jika Perdana Menteri tidak
memutuskan untuk berbuat demikian sebelum tarikh tersebut.
Pilihan raya umum terdahulu telah diadakan pada 8 Mac 2008.
Sinar Harian Online juga difahamkan agensi-agensi kerajaan
juga telah menarik balik arahan membekukan cuti hujung tahun ini, yang
dikeluarkan sebelum.
Maklumat terbaru diterima menunjukkan notis terbaru
dikeluarkan meminta semua cuti dibekukan selepas minggu kedua bulan
Februari.
Penganalisis dan pemerhati menjangkakan PRU13 akan diadakan awal Mac depan selepas sambutan Tahun Baru Cina.
Dalam temu bual terbaru dikeluarkan kelmarin, Najib berkata, "kalau
bulan Disember tak ada 'election', tahun depanlah. Melainkan kita buat
bulan Disember ini. Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik
bot."
Sebelum ini beberapa tarikh ramalan pilihan raya umum sudah pun tersasar.
Najib pada mulanya mencetuskan teka-teki apabila menyebut angka 11 begitu signifikan dalam hidupnya sehingga mengundang tafsiran PRU13 akan diadakan pada tanggal 11.11.11. Tarikh itu sudah jauh meninggalkan kita.
Ada pula yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan Jun tahun ini dengan mengambil kira musim cuti persekolahan, namun ramalan itu juga meleset.
Kemudian, timbul pula ura-ura kononnya pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan. Sekali lagi jangkaan itu silap.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata, agensi itu sedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa termasuk dalam keadaan cuaca yang buruk.
Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online bulan lalu, Aziz berkata, SPR akan mencari tarikh “paling cantik dalam keadaan yang buruk” jika perlu berbuat demikian.
Lima negeri dikatakan bakal terjejas teruk apabila angin monsun timur laut melanda iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor termasuk Sabah dan Sarawak.
Jabatan Pengairan dan Saliran memberi amaran kepada orang ramai, negara bakal berhadapan risiko banjir besar antara November hingga Mac tahun hadapan.

Negara tidak pernah menyaksikan pilihan raya umum pada bulan Disember. Hanya Pilihan Raya Umum 1999 diadakan 29 November.
Pilihan Raya Umum 1959 diadakan pada 19 Ogos, 1964 (25 April), 1969 (10
Mei), 1974 (24 Ogos), 1978 (8 Julai), 1982 (22 April), 1986 (3 Ogos),
1990 (20 dan 21 Oktober), 1995 (24 dan 25 April), 1999 (29 November),
2004 (21 Mac) dan 2008 (8 Mac).SH
PASPB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.