KOTA BHARU: Para wartawan diminta bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siapakah orang yang bernama Deepak (Jaikishan) dan Kenneth Eswaran jika benar beliau perjuangkan Melayu.
"Kalau
dia pemimpin Melayu, dia kena terang siapakah dua manusia yang
mengelilingi kehidupan beliau," kata Dr Hairudin Abdul Malik, perwakilan
Tambun.
Beliau
berkata demikian ketika membahaskan usul yang dibentangkan oleh PAS
Pusat berhubung dengan pengkhianatan parti itu kepada orang Melayu
ketika bercakap Pakatan akan mengkhianati Melayu jika menang nanti.
Siasatan
Harakahdaily melalui Google mendapati, kedua-dua nama ini mempunyai
hubungan yang sangat rapat dengan Najib khasnya isteri beliau, Datin
Seri Rosmah Mansor.
Deepak
(gambar) dalam satu sidang medianya memberitahu, isteri Perdana Menteri,
Datin Seri Rosmah Mansor umpama kakak kepada beliau.
"Saya
kenal (Rosmah), saya anggap dia seperti seorang kakak. Tetapi dalam
perniagaan permaidani, sekali sekala dia akan telefon dan dia mahu
bercakap mengenai perkembangan yang berlaku di sekitar kota... Itu
sahaja.
"Dia seorang yang baik. Jika anda mengenal dia secara peribadi, dia seorang yang baik," kata Deepak lagi.
Katanya
lagi, beliau mula mengenali Rosmah apabila wanita itu mula mengunjungi
kedai permaidani milik keluarganya di pusat bandar Kuala Lumpur "sekitar
enam atau tujuh tahun lalu."
"Daripada
itu kami membentuk hubungan dengan (keluarga Rosmah). Kadang kala
mereka memperkenalkan kami (untuk peluang perniagaan).
"Kadang
kala kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada
kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat
juga," katanya lagi.
"Kadang
kalau kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada
kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat
juga," katanya lagi.
Datuk
Kenneth Eswaran (gambar) pula adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib
Razak dalam urusan pribadinya termasuk menghubungkannya dengan bomoh
dari India.
Laman
web The Malaysian Insider melaporkan, K Eswaran juga sorang ahli
perniagaan yang berada di belakang stesen TV berbayar baru yang bakal
dilancarkan tidak lama lagi di bawah syarikat Nilamas Corporation Sdn
Bhd.
Syarikat
ini akan membelanjakan sehingga RM2 bilion dan akan melancarkan Asian
Broadcasting Network Sdn Bhd, jenama TV berbayar baru.
"Dia
mendapat semua ini kerana hubungannya dengan keluarga Najib khasnya
'wanita pertama', Rosmah mansor," kata satu sumber kepada laman web itu.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.