Followers

Saturday, November 24, 2012

TAKLIMAT SCORPENE : KERAJAAN TAKUT BENARKAN MEREKA MEMBERI TAKLIMAT, KENAPA TAKUT KALAU BENAR????

Aboo Muaz 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengalu-alukan dan sedia menyambut kedatangan peguam Perancis ke Malaysia untuk merungkai isu pembelian kapal selam Scorpene dalam sebuah sesi taklimat khusus kepada Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia.
Ahli Parlimen juga tanpa mengira warna kepartian harus bersama mendengar taklimat yang akan disampaikan kerana perkembangan isu Scorpene sangat penting.
Namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang kata putus dari pihak Kerajaan Malaysia membenarkan atau tidak kemasukkan peguam Perancis untuk memberi taklimat mengenai skandal Scorpene.
Sikap kerajaan yang membisu ini bukan sahaja menimbulkan lebih banyak persoalan malah menyebabkan persediaan untuk sesi taklimat yang telah diatur terganggu sehingga terpaksa ditangguh minggu depan.
SAMM sekali lagi ingin menegaskan sekiranya tiada berlaku rasuah atau apa jua kesalahan serius maka tiada sebab untuk peguam dari Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham dihalang untuk masuk ke negara ini. Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan takut sehingga peguam yang sama pernah diheret keluar dari negara ini pada 22 Julai tahun lalu?

http://tenterasemut.net/taklimat-scorpene-kerajaan-takut-benarkan-mereka-memberi-taklimat-kenapa-takut-kalau-benar/
 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengalu-alukan dan sedia menyambut kedatangan peguam Perancis ke Malaysia untuk merungkai isu pembelian kapal selam Scorpene dalam sebuah sesi taklimat khusus kepada Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia.

Ahli Parlimen juga tanpa mengira warna kepartian harus bersama mendengar taklimat yang akan disampaikan kerana perkembangan isu Scorpene sangat penting.

Namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang kata putus dari pihak Kerajaan Malaysia membenarkan atau tidak kemasukkan peguam Perancis untuk memberi taklimat mengenai skandal Scorpene.

Sikap kerajaan yang membisu ini bukan sahaja menimbulkan lebih banyak persoalan malah menyebabkan persediaan untuk sesi taklimat yang telah diatur terganggu sehingga terpaksa ditangguh minggu depan.

SAMM sekali lagi ingin menegaskan sekiranya tiada berlaku rasuah atau apa jua kesalahan serius maka tiada sebab untuk peguam dari Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham dihalang untuk masuk ke negara ini. 
 
Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan takut sehingga peguam yang sama pernah diheret keluar dari negara ini pada 22 Julai tahun lalu?
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.