Followers

Wednesday, November 7, 2012

Suspek KRITIKAL, 2 Inspektor POLIS DITAHAN


Anggota polis melindungi inspektor yang disyaki terlibat setelah keluar dari Mahkamah Majistret, semalam. 

KUCHING: Dua pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan reman selama tiga hari bermula semalam ker­ana disyaki menyebabkan kecederaan kritikal ke atas seorang suspek yang berada dalam tahanan polis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, pihaknya juga sedang mendapatkan kenyataan daripada pasukan polis yang terlibat dalam tangkapan ke rumah suspek di Petra Jaya sekitar jam 4 petang, Ahad lepas bagi membantu siasatan.


Suspek yang dikatakan tid­ak sihat ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuch­ing, menurut Acryl, dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan pemeriksaan mendapati suspek mengalami pendarahan otak dan terpaksa menjalani pembedahan pada 6.30 petang kelmarin.

“Saya mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak mengenal pasti pun­ca suspek cedera serius yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kita mahu tahu bagaimana (keadaan) suspek yang tidak serius (ketika ditangkap) menjadi serius dan kita khuatir ada perkara tidak sepatutnya berlaku, tetapi kita sedang kenal pasti siapa bertang­gungjawab serta bagaimana ia berlaku,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ro­slan Bek Ahmad dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Zulkifli Hassan.


Acryl berkata, dua pegawai polis berusia 30 dan 32 tahun ditahan sekitar 6 petang kel­marin bagi membantu siasatan ke atas punca kecederaan sus­pek, yang mana setakat berita ini ditulis petang semalam, dalam keadaan kritikal.

Beliau menegaskan, pihakn­ya tidak akan menyembun­yikan perkara itu daripada pengetahuan awam serta tidak akan berkompromi sekiranya benar dua pegawai terbabit bertindak di luar batasan.

“Kita akan bersikap telus dalam siasatan ini supaya tidak timbul spekulasi,” jelasnya.


Kredit : Borneo Post



POLIS LANYAK TAHANAN SAMPAI KOMA DI IPD KUCHING




Pagi ini penulis membaca portal berita dari myMETRO kisah seorang tahanan polis IPD kuching,koma akibat dibelasah pegawai penyiasat.Ia membuatkan Penulis terfikir sejenak apa rasionalnya pembuatan polis itu???kenapa polis bertindak sedemikian atau adakah pegawai polis ini menghadapi tekanan perasan dan jiwa ketika bertugas.

myMetro melaporkan Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching,direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak.tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu.



Apakah Standard of prosendur(SOP) yang diguna pakai oleh pegawai polis ini hingga tidak dipantau oleh pihak atasan??Ia amat memalukan dan jatuh integriti pasukan polis.Dalam Isu salahlaku pegawai polis telah banyak dilaporkan didalam media..Buat onar sana-sini sudah menjadi kebiasan mendengarnya.Baru Beberapa bulan lepas disebuah hotel,dibelasahnya budak hotel dengan pistol,yang melakukannya berpangkat inspector kerana marah dengan harga ais krim yang nak beliau beli...Berapa rendahnya mentaliti pegawai polis kalau benar apa yang didakwa.

UMUM mengetahui artika kerja pegawai polis amat buruk dan teruk,ada sebahagiannya langsung tidak ada toleransi dan tidak boleh ditegur kononya apa yang mereka lakukan betul belaka.Motto yang tertera kat setiap balai ...'ADIL,TEGAS DAN BERHEMAH"hanya semata-mata lebih sebagai hiasan dan Retorik.Masalah juga timbul sekiranya tiada teguran maka perangai naik toncang dan lemak...Mesti ada check and balance!!

Sahabat penulis seorang pegawai polis pernah memberitahu penulis,katanya kerja polis tension teramat sangat taraf gaban,jadi memang ler mcm itu!!!!jawapan penulis pada beliau,kalau tak nak tension cari kerja lain lah...tension macam mana pun bukan kerajaan tak beri gaji,lagipun polis lah yang banyak mendapat perlarasan dan kenaikkan gaji sekarang ini dan juga banyak mendapat pengiktirafan....itu jawapan penulis pada beliau tetapi ia hanyalah dalam kotak pemikiran penulis sahaja kerana penulis faham bahawa penulis hanya nampak diluar perkerjaan mereka dan tidak  merasainya dalam perkhidmatan seperti mereka.

Itu bukan alasannya...sebenarnya niat nak kerja dengan ikhlas itu tak ada???niat sejak awal-awal lagi dah menyimpang...maka hasilnya beginilah???

Berbalik kepada kes tadi,Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.

“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Diharap pihak polis segera mengambil tindakan atas pembuatan yang dilakukan untuk mengembalikan maruah dan integriti pasukan.Cadangan kepada pihak pengurusan PDRM sekiranya merekrut pegawai baru,salah satu daripada kritirianya adalah wajib melalui pemeriksaan mental....

Ingat polis adalah milik rakyat dan duit rakyat digunakkan untuk membayar gaji pasukan polis.Rakyat juga berhak untuk dilayan sama rata dan mahu keadilan dilaksanakan dan Janganlah kes ini disapu bawah carpet...

abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.