Followers

Wednesday, November 14, 2012

Rahsia kenapa UMNO tidak mahukan Islam !

Sutera Biru 
Photo
 
Rahsia kenapa UMNO tidak mahukan Islam. Majlis Ulama Sayap UMNO pun saya rasa dah tak perlu nak bincang lagi mahu diwujudkan atau tidak. 

Teuku Nan sudah ada jawapannya. Ulama muda UMNO diam sahaja asal ada sampulnya. INI BARU BETUL UMNO!! 

Cuma saya sedikit dukacita kerana ada yang dapat sekilo tepung gandum 1 Malaysia dan sekilo gula agihan JKKK usai ceramah sudah mula berbicara sesama sendiri memuji Sang Gerombolan dan mahu memberi undi kepada Sang Gerombolan pada PRU nanti. 

Alangkah betapa maklumat tepat tidak sampai kepada mereka yang seperti ini. Lihat, betapa sekilo tepung gandum 1 Malaysia dan sekilo gula ampuh bagi mereka terutamanya golongan tua. 

Jika maklumat seperti apa yang saya letakkan ini sampai kepada mereka tidak dapat dibayangkan apakah reaksi mereka terhadap Sang Gerombolan. 

Sambil berlalu dari kalangan mereka saya berfikir sendiri " Mungkin yang mereka sayang itu bukan UMNO, bukan Najib..yang mereka sayang cuma sekilo tepung 1 Malaysia dan sekilo gula sahaja buat bekal seminggu dua."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.