Followers

Monday, November 19, 2012

PTPTN: Pelajar TIDAK PERLU BAYAR sehingga semua penyelewengan dibongkar


Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin tidak dapat diperolehi semula dalam masa singkat.
Kerajaan Rakyat menasihatkan kepada semua pelajar yang telah mendapat faedah daripada PTPTN agar JANGAN BAYAR pinjaman tersebut sehingga kecelaruan yang dihadapi olih pengurusan PTPTN diselesaikan.

Dari apa yang difahami, terdapat penyelewengan dalam pengurusan dan pemberian tender kepada syarikat pengurusan data dalam program PTPTN tersebut.

Pada ketika kerajaan sewajarnya menyediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat, terdapat ruang penyelewengan dan salahguna kuasa dipihak pengurusan kerajaan.

Lantaran amalan rasuah, cuai, salahguna kuasa dan penyelewengan yang amat berleluasa dan ketara baik dikalangan pemimpin politik juga pegawai kerajaan, maka adalah amat wajar pelajar menangguhkan pembayaran PTPTN sehingga semua penyelewengan ini dibongkar.

Bagi tujuan membongkar semua penyelewengan ini, Kerajaan Rakyat menyeru rakyat terlebih dahulu perlu menumbangkan kerajaan Umno BN yang menjadi tonggak kepada kesemua salahguna kuasa, persundalan, rasuah, penindasan dan penyelewengan dana negara.


Di waktu pemimpin politik bertelagah mengenai penyediaan pendidikan percuma di Malaysia, timbul dakwaan bahawa hutang menggunung yang dipinjamkan dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin tidak dapat diperolehi semula dalam masa singkat.

Sumber yang dekat dengan agensi tersebut mendakwa, sejumlah besar daripada pinjaman RM45.41 bilion itu diberikan kepada pelajar yang tidak lagi dapat dijejaki.

Sumber mendakwa, data elektronik dalam Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan (Elmas) yang berusia 10 tahun, kini usang dan PTPTN tidak menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan bayaran hutang itu kembali.

Sejumlah RM7.83 bilion yang diagihkan kepada 1.14 juta pelajar sehingga 31 Ogos 2012 masih belum diperolehi semula, manakala kadar bayaran semula pada tahap 49 peratus.

Perkara itu berterusan walaupun selepas anak syarikat Kementerian Kewangan, Prokhas Sdn Bhd disingkirkan pada 2010, ekoran laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan kegagalan membangun sistem bagi mendapatkan semula bayaran hutang selepas dibayar RM1.5 juta.

Sistem tersebut menyebabkan PTPTN terpaksa menggunakan semula sistem Elmas, yang diputuskan tidak memuaskan pada 2006.

Susulan itu, PTPTN perlu membayar pembangun Elmas, Paradigm Systems Sdn Bhd, sejumlah RM26 juta lagi untuk membuat semula kerja terbabit.

Ketua pegawai eksekutif PTPTN Agos Cholan keberatan untuk mengesahkan jumlah tersebut dan memberi alasan ia merupakan kes sensitif.

 

Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.