Kes
penahanan semula Ahmad Abd Jalil atas dakwaan menghina Sultan Johor
menarik perhatian penulis, kali ini di bawah Akta Multimedia. Saudara
Ahmad hanya pemuda biasa, tidak dikenali langsung sebelum ini, berbeza
dengan kes penahanan Uncleseekers yang sememangnya dikenali umum dan
datang dari keluarga yang dihormati. Walaupun masih tidak diketahui apa
sebenarnya yang ditulis oleh saudara Ahmad di dalam facebook sehingga
dikatakan sebagai satu penghinaan, tetapi bagaimana kes ini berjalan begitu menarik perhatian.
1. Ahmad Abd Jalil tidak langsung dikenali umum. Sokongan yang diberikan oleh ahli keluarganya dengan melancarkan kempen "Bebaskan Ahmad" secara besar-besaran melalui facebook, disambut pula dengan sokongan yang diberikan oleh kumpulan facebook lain seperti Kita Semua Uncleseekers dan sebagainya menjadikan kes ini adalah "Kes Besar". Rakyat ternanti-nanti perkembangan kes Ahmad.
Apabila menjadi kes besar, penulis yakin saudara Ahmad tidak akan di-apa-apa kan, baik daripada pasukan Polis Johor mahupun dari dalam Istana. Tetapi perkara sebaliknya mungkin berlaku jika kes ini tidak dihebohkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Laporan Malaysiakini bertarikh 4 November 2012 bertajuk "Facebook hina Sultan Johor - lebih ramai akan ditahan?" memberi gambaran lebih ramai rakyat akan ditahan atas kes menghina Sultan Johor.
Jika
berlaku lagi tangkapan, dinasihatkan keluarga dan rakan-rakan mangsa
untuk mencontohi apa yang dibuat oleh keluarga Ahmad Abd Jalil supaya
kes itu menjadi kes besar. Sebarkan juga berita itu ke media
antarabangsa untuk mendapat liputan yang lebih besar.
Berita
penahanan Ahmad tersebar di Channel News Asia, Gulf News, Bangkok Post,
Zee News India dan lain-lain media dunia (boleh lihat berita-berita
dunia mengenai Ahmad Abd Jalil disini).
2.
Portal berita Malaysia Kini hari ini melaporkan Polis Johor telah
membuat laporan polis terhadap Malaysia Kini dan Malaysian Insider yang
menyiarkan berita-berita berkaitan penyiasatan dan penahanan saudara
Ahmad Abd Jalil. Jika dilihat kembali laporan-laporan berita yang
disiarkan, kebanyakannya adalah laporan daripada peguam Ahmad dan komen
daripada ahli keluarganya. Adakah pihak Polis Johor ingin menjadikan kes ini kes terpencil yang tidak diketahui umum?
Rata-rata
rakyat yang membuat komen mengenai isu ini di portal Malaysia Kini
mentertawakan apa yang dibuat oleh pihak Polis Johor - buat laporan
polis sendiri dan kemudiannya menjalankan siasatan sendiri dan
pendakwaan sendiri.
Lebih
memelikkan apa sahaja yang berkaitan dengan penghinaan terhadap Sultan
Johor, polis akan bertindak dengan begitu cepat sekali! Mungkin kah kerana termakan budi dengan pemberian kereta-kereta mewah dan motorsikal Harley Davidson?
Kenyataan media yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham hari ini
memberikan contoh-contoh berkaitan Polis Johor, sila lihat di bawah.
3. Adakah
dengan penangkapan rakyat yang dikatakan menghina Sultan Johor akan
menjadikan rakyat terus takut dan diam? Percaturan Polis Johor dan pihak
Istana adalah salah. Kes-kes seperti ini akan menjadikan lebih ramai
rakyat bangkit menentang kezaliman.
Kenyataan
akhbar hari ini yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham di Dubai mengenai
isu penahanan semula Ahmad Abd Jalil menceritakan pengalaman beliau yang
pernah bertugas dengan Sultan Johor dan menyuarakan kebimbangan beliau
atas campurtangan pihak Istana dalam mengendalikan kes ini.
Bukan
itu sahaja. Malaysian Civil Liberties Movement, Lawyers For Liberty
juga telah bersuara. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang juga telah
membuat kenyataan media. Candlelight Vigil in Solidarity with Ahmad Abd Jalil juga akan dianjurkan esok hari Rabu 7 November 2012 di Dataran Merdeka.
![]() |
| Petikan daripada Kenyataan Media Peguam Kamal Hisham mengenai kes Ahmad Abd Jalil |
4.
Kebanyakan rakyat sekarang ini bukan bodoh. Bukan setakat rakyat
Malaysia tetapi seluruh dunia melihat bagaimana kes ini berjalan.
Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan atas kesalahan apa dan apakah
kenyataan Ahmad Abd Jalil yang dikatakan satu penghinaan.
Kes ini tidak mendiamkan rakyat. Di media-media elektronik sama ada di facebook, twitter
mahu pun di forum-forum, rakyat berbincang secara terbuka menceritakan
salah-laku Sultan Johor. Lebih banyak pendedahan dikeluarkan. Adakah
rakyat Malaysia takut selepas berlakunya penangkapan Uncleseekers dan
saudara Ahmad? Nampaknya tidak, malahan rakyat semakin berani bersuara!
Adakah semuanya bakal ditangkap dan memenuhkan lokap Johor?
![]() |
| Kisah yang biasa kita dengar apabila berlakunya Kembara Mahkota Johor |
"Walau
seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji
untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat
mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak
peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu
pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat
jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari
istana ke muzium seni dan budaya" - Petikan titah ucapan
Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di
Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun
1980
![]() |
| Apa akan jadi jika dikumpulkan semua kes-kes ini? Sedangkan kes seorang wanita bernama Yasmin Mohd Yassin tidak mendapat pembelaan, ini kan kes rakyat pendalaman |
![]() |
| Uncleseekers pernah menceritakan hal ini |
Boleh lihat blog entry bertajuk Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 2 - Ali setan) dan Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 28 - Soalan cepu emas untuk Azmil Mustafa)
Teringat Kisah-kisah Mafia,







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.