Mengambil kira perubahan suasana politik yang semakin bertiup kencang terutama di Sabah, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) membayangkan sekurang-kurangnya tujuh kerusi parlimen Barisan Nasional (BN) di negeri selatannya, Sarawak bakal tumbang ke tangan Pakatan Rakyat.
Jeniri Amir yang ditembual wartawan Astro Awani semalam di Kuching tidak menolak perkara itu dalam apa yang disifatkan sebagai kekalahan besar BN mempertahankan simpanan tetap mereka selama lebih 40 tahun.
Selain Kuching dan Sibu yang dipegang DAP, kerusi lain yang dijangka BN tewas adalah kerusi Stampin, Sarikei, Lanang, Miri dan Hulu Rajang jika wujud pertandingan dua penjuru.
"Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Pakatan Rakyat menambah dengan banyaknya jumlah kerusi pada kali ini, lebih lagi berbanding dengan 2008, mereka tidak menjalin kerjasama yang begitu utuh, jadi sekarang dan sebenarnya selepas 2011 pilihan raya negeri yang lalu kelihatannya terdapat kerjasama yang sangat baik di kalangan parti yang menganggotai Pakatan Rakyat," katanya.
Jeniri
menegaskan, jika BN tidak segera memantapkan jentera dan menyelesaikan
isu yang menjadi rungutan rakyat, keadaan ini bukan sahaja menjejaskan
kedudukan BN pada pilihanraya umum ke-13, malah akan berlanjutan hingga
pilihan raya umum negeri seterusnya.
Walaupun tidak menyatakan secara terpeinci sebab-sebab berlakunya
tsunami politik peringkat kedua di Borneo terutamanya di Sarawak, Jeniri
beranggapan BN tidak boleh lagi duduk senang seperti mana yang telah
dilakukannya dalam 12 pilihanraya umum sebelum ini.
Pakatan Rakyat terutamanya DAP membuat kejayaan besar dalam pilihanraya
negeri April tahun lalu di mana 12 daripada 15 kerusi DUN berjaya
dirampas terutamanya yang pernah dipegang sekutu BN, SUPP.
Manakala perkembangan positif yang turut diberikan ekoran kekerapan
pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim
menggempur kubu kuat BN di kawasan pedalaman pun berjaya menembus
beberapa kawasan yang dahulunya tidak terfikir untuk mendapat sambutan
sehebat itu.
Anwar yang baru-baru ini mengadakan lawatan ke beberapa kawasan di
sekitar Miri dan Bintulu berjaya meyakinkan penduduk setempat betapa
Pakatan Rakyat kini berusaha mengembalikan hak-hak kaum pribumi yang
dirampas secara rakus oleh ketua menteri Taib Mahmud dan kroni rapatnya
terutamanya isu tanah adat (NCR) dan pembalakan haram yang menyebabkan
kesan alam sekitar paling buruk sejak 1990.
Sementara itu, kenyataan Setiausaha Agung BN negeri, Stephen Rundi yang
membayangkan BN mampu mengekalkan dua pertiga kerusi di negeri itu
membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bakal menyapu antara 10 ke 12 kerusi
berdasarkan jumlah kerusi parlimen di negeri itu yang berjumlah 31.
DAP dijangka menang antara tiga hingga empat kerusi iaitu Kuching, Sibu, Sarikei dan Miri manakala KEADILAN dijangka menguasai Stampin, Hulu Rajang dan Lanang.
PAS yang mensasarkan kerusi Sibuti dan Samarahan berdepan laluan sukar untuk menang kerana faktor kekangan kewangan di samping kesedaran masyarakat Islam terutama kaum Melanau masih rendah.
Kedudukan ini dijangka akan berubah sekiranya PAS lebih agresif menggempur kubu kuat BN selain mendekatkan diri dengan ceramah, usrah dan program bercirikan agama seperti menjemput penceramah tersohor, Azhar Idrus hadir seberapa banyak program di negeri itu.
Terpulanglah kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk merancang strategi ampuh bagi menidakkan BN dari terus menguasai kerusi parlimen majoriti Melayu bagi mencerahkan peluang mara ke Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.