Followers

Thursday, November 22, 2012

PANAS! Mengapa Zahid Hamidi Arah Perwakilan Umno Tutup Mulut?

 

Perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 yang akan mula bersidang pada 27 November depan diarah ‘tutup mulut’ daripada membincangkan mengenai ‘perkara-perkara sensitif’ yang bakal menggugat parti dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya kandungan ucapan perwakilan Umno nanti perlulah fokus kepada usaha dan persiapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.
 
“Saya fikir perwakilan telah ditentukan (Umno) Perhubungan Negeri dan Timbalan Perdana Menteri akan bertemu dengan semua perwakilan untuk beri garis panduan agar tidak menyentuh perkara-perkara sensitif bagi pihak di dalam atau luar parti.
 
“(Ini) bukan masa untuk lontarkan pandangan yang berbeza,” kata Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
 
Beliau berkata, PAU yang akan berlangsung selama lima hari sehingga 1 Disember depan itu bakal menjadi satu perhimpunan yang luar biasa kerana Umno dan BN bakal berhadapan dengan PRU13 yang turut disifatkannya sebagai luar biasa.
 
Perkara luar biasa itu menurut Zahid merujuk kepada usaha untuk memenangi hati 40 peratus pengundi atas pagar yang bakal menjadi penentu kalah menang sesebuah parti.
 
Menteri Pertahanan itu berkata, tumpuan juga perlu diberikan kepada usaha untuk merampas kembali kerusi serta negeri yang ditawan Pakatan Rakyat.
 
“PRU13 adalah luar biasa dan mesti ditangani secara luar biasa…masalah dalaman jika ditimbulkan mesti ditiadakan. Masalah parti komponen juga mesti ditiadakan,” katanya.
 
Oleh itu katanya Umno sebagai jentera utama BN perlu menjadi tulang belakang membantu mencapai kemenangan majoriti dalam PRU nanti.
 
Dipercayai arahan Zahid itu dikeluarkan sejurus selepas keputusan Umno mahu meletakkan pemerhati 'dalaman' umpama perisik dalam hampir setiap sayap termasuk Puteri bagi mengelakkan perancangan sulit yang akan dibuat untuk menjatuhkan presiden, Najib Altantuya terbongkar.
 
Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.