ALOR SETAR – ADUN Kota Siputeh, Dato’ Abu Hasan Sarif diarahkan keluar
Dewan Undangan Negeri apabila beliau membantah keputusan Speaker DUN
untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo
Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi laluan.
ADUN tersebut sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak beliau sendiri.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan
bermotifkan politik. YDP MDKP yang terbabit dengan penurunan pangkat
tersebut ialah Dato’ Che Barni.
Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada hanyalah untuk gred N17.
Beliau menjelaskan ketika sesi penggulungan dalam menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh berkenaan dengan pemecatan dua orang pegawai di kawasan Kubang Pasu, di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke 12 di Wisma Darul Aman.
“Oleh itu, YDP MDKP meminta agar mereka turun memegang jawatan N17 sekiranya masih berminat untuk berkhidmat di MDKP.
“Selepas itu, salah seorang daripada mereka terus bekerja di sana dengan gred N17 sehingga mendapat kerja di KUIN dan seorang lagi berhenti dengan alasan ingin bekerja dengan bapanya,” terangnya.
Tambahnya lagi, beliau berpendapat bahawa pelantikan dua pegawai ke jawatan yang tidak wujud berdasarkan peraturan dan ianya telah mengambil hak dan peluang orang lain.
Gaji dua pegawai gred N41 itu dapat menampung gaji tujuh pegawai gred N17. Tindakan YDP MDKP pada waktu itu adalah wajar berdasarkan peraturan dan bukanlah disebabkan pegawai-pegawai tersebut anak kepada sesiapa.
Sementara itu, selepas diperintahkan keluar, ADUN Si Putih bersama-sama dengan Exco (BN) yang lain keluar dewan beramai-ramai. Namun, selepas YB Lim Soo Nee selesai berucap mereka masuk semula ke dewan kecuali Abu Hasan Sarif.
kedahla.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.