PETALING JAYA:
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak takut kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.
“Semua
kehendak Syed Mokhtar dipenuhi. Saya tanya Datuk Najib, Menteri
Kewangan, sebab mengapa takut sangat orang bernama Syed Mokhtar, sampai
dia minta apa pun kamu bagi.
“Pos,
kereta, pelabuhan, IPP, beras, gula dan semua…kalau gula diambil turun
harga tak apa. Dia ambil gula harga naik empat kali.
“Bila saya tanya dia (Najib), dia kata Anwar tak suka Bumiputera.
“Dia tak jawab, yang dia jawab kita anti Melayu,” kata Anwar, Ketua Umum PKR dalam satu ceramah di ibu negara baru-baru ini.
Anwar juga mendakwa kekayaan negara dibolot oleh 10 syarikat, elektrik dibolot tiga empat tauke besar.
Mereka untung bilion ringgit tetapi kadar eletrik naik, tanya Anwar lagi.
Anwar juga meramalkan pilihan raya umum ke 13 dalam tempoh yang singkat tetapi menegaskan rakyat mahukan perubahan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.