SEJAK
kebelakangan ini, kempen politik semakin hangat dan agresif, apatah
lagi detik masa untuk Parlimen dibubar boleh berlaku pada bila-bila masa
saja daripada sekarang.
Kempen
di pihak PR kelihatan agak fokus iaitu menjelaskan kepada rakyat
mengenai masalah korupsi dan kepincangan sistem urus tadbir kerajaan BN,
sambil menyebarluaskan kejayaan atau pencapaian negeri yang diperintah
PR khususnya Selangor dan Pulau Pinang.
Bagi PR,
dua negeri itu menjadi permata dan ‘benchmark’ untuk mereka berkempen.
Itu jelas dan ianya memang diakui satu strategi yang mudah difahami
rakyat.
Manakala
bagi BN, kempen mereka sangat ketara dengan ‘komisyen’ untuk
mendapatkan sokongan rakyat. Ini terbukti dengan segala bantuan yang
mencurah-curah turun, malah bukti ini menjadi semakin jelas berdasarkan
belanjawan BN baru-baru ini. Jumlahnya, silalah anda kira sendiri.
Kempen
berupa ‘komisyen’ ini apabila diterjemahkan dalam bahasa demokrasi ia
sebenarnya adalah rasuah. Namun, budaya UMNO-BN, telah menukar istilah
rasuah ini menjadi ‘komisyen’, semuanya berlaku apabila dasar DEB
diperkenal dan yang terbaru apabila rasuah kapal selam scorpene
digunakan menjadi ‘komisyen’.
Berbalik
kepada kempen ‘komisen’ UMNO-BN ini, jka kita lihat gaya atau strategi
Najib Razak, PM yang tidak pernah dilantik oleh rakyat, beliau dengan
ketaranya menggunakan pendekatan ‘mengemis’.
Mengemis ini dari segi bahasanya memang tidak enak didengar. Namun itulah hakikatnya.
Sebelum
ini Najib mengemis sokongan kaum Melayu dengan kempen ‘komisyen’.
Kemudian beliau mengemis lagi kepada anak muda dengan kempen AUKU yang
bersifat kosmetik termasuk kempen komisyen dengan bantuan RM200 untuk
telefon bimbit 3G.
Baru-baru ini Najib mengemis lagi kepada Hindraf, dan terkini dengan kaum India.
Jika
kita lihat semua senario ini, kelompok Melayu, anak muda, pertubuhan
Hidraf dan India tidak dipedulikan sama sekali oleh beliau. Kaum Melayu
khsusnya yang berpendapatan rendah tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Anak muda pula disifatkan sebagai ‘masalah sosial’ kepada BN, pertubuhan
Hindraf pula dilabel sebagai pertubuhan haram, malah tuntutan Hindraf
tidak langsung dipedulikan. Begitu juga dengan kaum India, baik aspek
pendidikan, perumahan dan pekerjaan, kelompok ini memang terabai sejak
awal lagi.
Tetapi mengapa kini Najib sanggup kembali mendekati mereka? Inilah satu pendekatan yang dilihat sebagai mengemis sokongan.
Apabila
sudah tersepit, barulah Najib mahu memberi pelbagai komisyen. Barulah
Najib nak bertemu untuk berbincang dengan Hindraf, barulah Najib minta
mempertimbangkan jasa BN kepada kaum India.
Gaya
kempen politik sebegini menjadi petanda bahawa Najib amat terdesak untuk
memastikan sokongan rakyat kepadanya terus kekal. Malah, kempen beliau
ini tidak begitu menonjolkan parti beliau sebaliknya lebih menfokus
kepada dirinya. Entah UMNO sedar atau tidak, tidak pula dapat
dipastikan.
Strategi
Najib ini pastinya mendapat ilham daripada strategi kempen Barack
Obama, namun sayang, mungkin beliau terlupa bahawa kempen Obama itu
tidak menjadikan ‘komisyen’ sebagai modal memancing undi.
Kita
amat bimbang, jika UMNO menang, rakyatlah yang terpaksa menanggung kos
kempen ‘komisyen’ Najib ini. Kita amat sedar bahawa belanjawan baru-baru
ini, Najib menggunakan berbilion ringgit hanya untuk ‘one off’ bantuan
kepada rakyat.
Kos
berbilion itu, jika Najib menang pastinya akan di ‘claim’ kembali oleh
UMNO-BN menerusi pelbagai cara, antaranya saman AES, Tol dan pelaksanaan
GST. Kos ini semestinya menjadi tanggungan langsung rakyat.
Sepatah
kata Theodore Roosevelt, Presiden US ke-26 – “A vote is like a rifle:
its usefulness depends upon the character of the user.” ( Undi itu
seperti senapang, kegunaannya bergantung kepada karektor penggunanya)
Jika
kempen komisyen Najib ini berjaya, memang rakyat akan terpesona dengan
lunak kata-kata “Melayu masih pegang kuasa, UMNO akan teruskan agenda
bela bla bla bla..”.
Tetapi
harus diingat bahawa kos kemenangan itu akan dibayar oleh rakyat, suka
atau tidak, tiada lagi jalan keluar. Rakyat di sini maksudnya – kita,
termasuk rakyat yang menyokong UMNO dan ahli UMNO di kampung. Masa ini
tiada gunanya. Sepatah kata budak muda “ Nah..hambik kau..” (Nah, ambil
kau).
-Roketkini.com-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.