KUALA LUMPUR - Dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham
mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri
taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes
Scorpene.
Memaklumkan perkara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah
berkata, kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen
sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
bertarikh 2 Oktober 2012.
Bagaimanapun, Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta
jaminan kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini
pada Julai 2011 tidak berulang.
“Hari ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan
satu jaminan bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk
masuk ke negara ini tidak dihalang.
“Ini kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang
masuk atau disingkir oleh pihak berkuasa,” jelasnya pada sidang media di
Parlimen hari ini.Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam
tersebut di Parlimen.
Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai
prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian
kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.
Kapal selam itu dibeli dari Direction des Construction Navales Services
(DCNS), Thales dan Armaris pada 2002.Ahli Parlimen Batu, Tian Chua
berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat
itu nanti. ~kd

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.