SABAH 18 Nov: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan diheret ke
mahkamah atas pelbagai kesalahan penyelewengan sebaik saja Pakatan
Rakyat diberi mandat mentadbir Sabah, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat itu berkata, ia bukan mustahil
kerana pernah berlaku terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri
Dr Mohamed Khir Toyo.
“Khir Toyo telah kita heret ke mahkamah walaupun hanya menjatuhi hukuman
ringan iaitu penjara setahun tapi ia membuktikan penglibatannya dalam
rasuah.
“Musa Aman yang bolot hasil kekayaan bersama kroninya, Michael Chia juga
akan kita heret,” katanya depan lebih 400 penduduk di kampung Sungai
Pukul, Pulau Batik, Tawau.
Musa Aman sebelum ini didakwa terlibat membersihkan wang haram berjumlah
US$90 juta bersamaan RM275 juta, selain dikait dengan skandal wang
haram RM40 juta apabila Michael Chia ditahan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Hong Kong (ICAC) di Lapangan Terbang Hong Kong.
Jelajah Tuntutan RM40 Juta Hak Rakyat Sabah kendalian AMK itu dijadual
menjelajah ke seluruh pelusuk Negeri Di Bawah Bayu bermula dari Tuaran
dan berakhir di Labuan pada 19 November ini.
Antara pimpinan muda yang ikut serta ialah Pengarah Strategi AMK, Ahmad
Zaki Yamani; Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Yunus; Timbalan Ketua
Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip dan Exco AMK Pusat, Dr Natassia
Sarah.
Shamsul bimbang rakyat Sabah akan terus menderita jika Umno BN terus
dibiar berkuasa dan Musa Aman terus membolat kekayaan negeri.
“Ini hanya dapat diatasi jika Pakatan menang untuk angkat martabat
rakyat dari terus dihina penyamun bernama Musa Aman,” katanya.
Warta Kerajaan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.