Followers

Tuesday, November 6, 2012

MEMALUKAN WARGA SUNGAI BESAR,SABAK BERNAM..!!



6 NOV : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengecam tindakan tidak bertamadun pihak yang melakukan provokasi semasa program Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Selangor baru-baru ini.


Pe
nyelaras SAMM Selangor, Azhar Achil berkata, usaha mengupah anak muda mencabut dan membakar bendera parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah satu usaha tidak bermoral.



Menurutnya, tindakan pihak tersebut dilakukan pada awal pagi iaitu sekitar jam 4 pagi ketika program dijalankan di utara Selangor.

 
“Sebagai anak muda yang tinggal di dalam negeri maju seharusnya anak muda bersama-sama mengangkat Selangor dengan menyumbangkan buah fikiran dan kepakaran dalam segala bidang.

 
“Anak muda tidak sepatutnya diperkudakan demi kepentingan politik sempit oleh mana-mana pihak. Anak muda juga dinasihatkan tidak melakukan provokasi dan membuat kacau dalam sebarang program yang dilakuan oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 
Azhar menyeru supaya anak muda bangkit menyertai atau mengadakan perhimpunan aman dengan isu relevan seperti jika berlaku penghinaan terhadap agama, penyelewengan dan rasuah pemimpin negara dalam isu Scorpene (kapal selam) serta kontrak benih padi yang ‘terseleweng’.

 
Walaupun provokasi berlaku, beliau berkata, Siri Jelajah Merdeka Rakyat tetap mendapat sambutan di luar jangkaan yang bermula dari Parlimen Bandar Tun Razak (Pekan Sungai Besi), Parlimen Tanjung Karang (Warung Ibu Nasi Ambeng), Parlimen Sungai Besar (Tapak Uptown Sungai Besar), Parlimen Sabak Bernam (Bagan Nakhoda Omar) serta Parlimen Hulu Selangor (Felda Sungai Tengi, Bukit Beruntung, Pekan Rasa dan Pusat Bandar Baru Batang Kali).

 
Tegasnya, SAMM Selangor mengulangi pendirian supaya anak muda berhenti melakukan tindakan tidak bertamadun dan bersama-sama memberi kerjasama memajukan negeri ke tahap lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.