Followers

Friday, November 2, 2012

Mamak UMNO Penang buat demo nak AES, tak ka bangang namanya tu.....

 

CAKAP BANGANG KANG MARAH!!! 

Cakap bodoh kang marah. 

kah kah kah

Inilah mereka2 yang berdemo sokong AES di penang siang tadi. Kelakar siot. Orang sekarang sepakat tolak depa sibuk berdemo plak..










Kalau korang nak tahu sekarang neh wakil rakyat dari bn sendiri sehaluan dengan pr dalam isu AES. Aku dah cakap awal2 dulu. AES neh bagus. Memang bagus. Tapi pelaksanaan dia tidak bagus. Bukan sistem itu bermasalah tetapi cara ia dilaksanakan di malaysia itu bermasalah.
 


Satu2 product yang bagus jika tidak dilaksanakan dengan betul maka ia tetap tidak bagus. Dalam kes neh walaupun sebagus mana pun AES itu tetapi jika BN yang pegang negara kemon la.. dia tetap terlihat tidak bagus. Kalau yang pegang negara pun tak amanah ko jangan hadap apa2 sistem yang mereka practise ialah telus.

Bukti ketidaktelusan ialah memasang AES di laluan2 yang merepek. Menenderkan AES kepada syarikat swasta yang jelas2 mensasarkan keuntungan setelah melakukan pelaburan besar.

Kedua, kadar kemalangan di malaysia memang tinggi. Bahkan kematian angkara kemalangan memang tinggi juga di negara2 lain disebabkan pertambahan bilangan kenderaan. Ada satu artikel english yang aku baca tak berapa lama dulu mengenai penyebab kemalangan jalanraya.


Penulis merumuskan 3 punca utama kemalangan jalanraya ialah ;

1. Jalan raya

2. Kenderaan selamat


3. Gaya pemanduan.


Jalan raya diletakkan di no pertama, gaya pemanduan di letakkan no 3. Kenapa jalanraya itu sangat penting? Apa yang dia tulis ialah jika jalanraya betul + kenderaan itu selamat = gaya pemanduan yang tidak selamat tidak akan menyebabkan kematian. 


Ini kerana dia ada kereta yang selamat untuk melindungi dia di samping jalanraya yang dibina dengan betul. 
 
Jalanraya yang betul maksudnya kat sini ialah lampu jalan, lebar jalan, pembahagi jalan, cctv, lampu amaran, stuktur jalan di bina, jenis tanah, jenis laluan, notis, papan amaran, had laju yang betul dan segala2nya mengenai jalan.

Bila dia accident di atas jalanraya yang dibina dengan betul, menggunakan kereta yang dilengkapi dengan sistem keselamatan, kenderaan tersebut akan menyerap kesan hentakan, mengurangkan kesan remukan dan jalanraya yang selamat menyebabkan geseran berkurangan. So risiko kematian berkurangan.

Lebar jalan yang betul juga menyebabkan kenderaan lain tidak terkesan dengan kemalangan yang berlaku or sekurang2nya tidak terjejas teruk sehingga menyebabkan kematian. Ini apa yang dirumuskan oleh penulis tersebut. 

Jadi kat sini walaupun ada AES itu bukan bermaksud stastistik kematian di jalanraya akan berkurangan. Apatah lagi di malaysia penunggang motorsikal mencatatkan angka kemalangan maut yang tinggi. Penunggang motorsikal bukan mati disebabkan menunggang dengan laju. 

Mereka mati kerana tidak menunggang motorsikal dengan betul. Peratusan yang mati ketika menggunakan helmet yang dicop dengan sirim palsu juga sangat tinggi. Kematian disebabkan rempit itu ada tetapi lebih ramai yang mati kerana tidak berhati2 di jalanraya. 
 
Baik disebabkan penunggang motorsikal itu sendiri mahupun disebabkan oleh orang lain lebih2 lagi oleh kenderaan berat seperti lori dan bas yang tidak selamat tetapi masih berada di atas jalanraya.

Oleh itu sudah sampai masa nya untuk kerajaan kita melabur di tempat yang betul. Selesaikan masalah ikut tingkat kepentingan. Pastikan jalanraya kita selamat dengan melengkapi seme perkara yang perlu ada pada satu2 jalanraya. 

Pastikan kesemua kenderaan di malaysia adalah kenderaan yang benar2 dilengkapi dengan sistem keselamatan. Kemon la. Kenapa kenderaan yang fully with safety sistem dijual dengan mahal? 
 
Apakah ada beza nyawa orang miskin dan kaya? Cuba la sesekali berfikir dari sudut kemanusiaan tanpa memikirkan keuntungan semata2.

Dan yang terakhir untuk pastikan gaya pemanduan kita selamat, boleh la kerajaan menetapkan beberapa polisi seperti AES, tetapi semestinya sistem tue kena telus bukan mensasarkan keuntungan seperti sekarang.

Aku ada satu idea. Idea neh dah lama ada dalam kepala hotak aku. Aku berpendapat alangkah baiknya jika bila berlaku jek kemalangan hospital terus mendapat maklumat tersebut secara automatik. 
 
Alangkah baiknya jika kenderaan kita boleh terus menghantar signal ke pusat info bila berlaku satu2 kemalangan. Ini boleh menyebabkan bantuan sampai dengan lebih cepat. 

Tapi kan.. tah macam mana bila aku fikir2 balik, andaikata idea aku neh menjadi realiti, mesti ia menjadi salah satu modal kepada kapitalis untuk menjana keuntungan.ameno world

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.