KUALA LUMPUR 19 November: Mahkamah Tinggi Shah Alam petang ini akan
mendengar permohonan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli untuk
membatalkan tuduhan ke atas beliau di bawah Akta Perbankan dan Institusi
Kewangan 1989 (Bafia).
Permohonan menggugurkan tuduhan tersebut dibuat kerana bukti-bukti
pertuduhan terhadapnya berniat jahat dan terpilih bertujuan menutup
pendedahan butiran perbankan skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Ia difailkan peguam N Surendran di Mahkamah Tinggi Shah Alam, September lalu.
“Mahkamah akan dengar permohonan itu hari ini sebelum perbicaraan diteruskan,” kata Rafizi.
Mahkamah sebelum ini
menetapkan tarikh sebutan kes dakwaan terhadap Rafizi pada 3 Disember
depan bagi memberi laluan pendengaran untuk membatalkan tuduhan tersebut
hari ini.“InsyaAllah jika kes batal, maka kes pada 3 Disember pun tiada,” jelasnya.
Surendran berkata, tindakan undang-undang ke atas Rafizi adalah bertentangan dengan polisi awam.
Ini kerana tindakan beliau itu bagi mendedahkan penyalahgunaan wang rakyat.
“Macam mana kamu boleh dakwa orang yang mendedahkan perkara yang baik-baik?
“Keseluruhan prosiding jenayah yang dikenakan terhadap Rafizi adalah
penyalahgunaan undang-undang demi kepentingan Umno dan ia tuduhan
bermotif politik,” katanya.
Rafizi pada 1 Ogos lalu ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi
Kewangan (Bafia) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya
mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16
Februari lalu.
NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk
penternakan lembu fidlot.
Jika disabit kesalahan, beliau boleh didenda RM3 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal
NFC kepada Rafizi, Johari Muhamad yang merupakan bekas kerani Public
Bank.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.