Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) digantung kali kedua
daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama enam
bulan berkuatkuasa hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membentangkan usul penggantungan Azhar itu pada persidangan DUN hari ini berkata semua bayaran elaun dan gaji ketua pembangkang itu sebagai wakil rakyat dikekalkan.
Lim berkata keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan
Kebebasan setelah Azhar gagal memberi penerangan dan penjelasan
mengenai kenyataannya pada 8 Mei lepas yang menghina kemuliaan dewan,
Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain dan kakitangan DUN apabila
menyebut bahawa catatan persidangan boleh dimanipulasi.
"Dewan telah bermesyuarat sebanyak lima kali, mesyuarat kali pertama pada 7 Jun memang telah mengecualikan yang berhormat Penaga kerana isu yang dibentangkan melibatkan beliau, tetapi pada mesyuarat kali kedua dan ketiga yang berhormat dipanggil untuk memberikan penerangan dan penjelasan bagaimanapun tidak hadir.

"Oleh itu pada mesyuarat keempat dan kelima Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah memutuskan untuk menggantung YB Penaga dari menghadiri persidangan dewanselama enam bulan bermula 1 November," katanya.
Pada 8 Mei Azhar dikatakan telah membuat kenyataan menghina kemuliaan
dewan, speaker dan kakitangan DUN, kenyataan yang disifatkan sebagai
tidak bertanggungjawab itu dianggap sebagai satu titik hitam kerana
telah mempertikaikan integriti DUN.
Ketua pembangkang itu kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan 34 (4) dan 34(9) di bawah peraturan majlis dan mesyuarat negeri kerana menghina DUN, speaker dan kakitangan DUN.
Azhar sebelum itu pernah digantung menghadiri persidangan DUN selama enam bulan pada 17 Ogos 2010 kerana menggunakan perkataan ‘13 Mei’ ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) pada sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman
Abbas.
Sementara itu wakil pembangkang Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) bangun mencelah memohon kepada speaker agar mempertimbangkan dengan budi bicara agar tidak menggantung Azhar dari menghadiri persidangan DUN memandangkan ketua pembangkang itu akan bersara sebagai wakil rakyat.
Bagaimanapun Azhar yang diminta oleh Abdul Halim untuk membuat ucapan bagi membahaskan usul penggantungannya membantah cadangan yang dibuat oleh Arif Shah itu.
- Bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.