KESAH BENAR :
Pada bulan Januari 1965, aku memohon temuduga sebagai rekrut Polis yang ketika itu sedang diadakan pengambilan rekrut rekrut baru. Aku memohon atas sokongan seorang Pegawai Kanan berpangkat DSP ketika itu.
Hasil temuduga dan sokongan yang diberi pada aku oleh pegawai kanan berpangkat DSP itu, aku telah berjaya dan aku dihantar berlatih di Pusat Latihan
Depoh, Jalan Gurney. Enam bulan selepas tamat latihan, aku dihantar
bertugas di Kota Bharu, Kelantan berpangkat Prebet.
Semenjak itu aku jatuh cinta dan masing masing terasa sayang dan dia tidak pernah melayan lelaki lain kecuali aku. Setiap malam aku dikehendaki menjemput dia pulang dari kerja.
Suatu ketika, aku terlambat menjemput dia untuk pulang kerumah selepas habis kerja. Aku cuba pergi ke Kalab Malam dan aku dapat tahu dari seorang Boy yang mengatakan kekasih aku itu telah dibawa oleh OCPD kerana dia takut dengan ugutan. Lalu aku meminjam motorsikal kawan untuk mencarinya dirumah hinggalah ke beberapa tempat.
Entah bagaimana aku melalui padang golf tujuan mencari ditepi pantai, aku dapati kereta OCPD tersadai ditempat gelap dikawasan padang golf. Aku lihat kekasih aku itu sedang bercumbu dengan orang yang rapat dengan aku.
Esok paginya semasa OCPD sudah berada di Pejabat, aku menemuinya dan berpura pura baik. Aku mengajak dia keluar minum direstoran tempat kami biasa minum. Mula mula kami bercakap dengan baik, selepas itu aku naik marah dan terus mencabarnya. Aku ajak dia keluar dari restoran dan bertumbuk dengan orang yang aku anggap pagar, tetapi pagar sudah makan padi.
Selepas pergaduhan kami yang berlaku dikhalayak ramai, OCPD itu telah mengadu pada Ketua Polis Negeri (CPO) diatas tingkah laku dan perbuatan aku semasa direstoran tersebut. Aku diberi amaran oleh CPO.
Selepas dua minggu pergaduhan itu berlaku, aku telah disenarai hitam sebagai kaki melawan dan tindakan tatatertib diambil keatas diri aku.
PASUKAN POLIS HUTAN (PPH)
Pada bulan April, 1968, aku diarah bertukar dan mengikuti Latihan sebagai rekrut polis hutan di Ulu Kinta, Ipoh, bersama beratus anggota lain selama tiga bulan. Apabila tamat latihan aku telah ditukarkan ke Batalion 4, Kem Sungei Petani.
Pada tahun 1984, aku mohon cuti panjang dan disamping itu aku mendapat keizinan daripada Komandan Pasukan dan menerusi Ibu Pejabat di Kuala Lumpur juga aku dibenarkan meninggalkan negara ini bertujuan untuk pergi ke Indonesia mencari jodoh.
Pertemuan aku dengan seorang janda muda dapat aku melangsungkan pernikahan di Jawa Tengah. Selepas empat hari sesudah berkahwin pada bulan Disember 1984, segala urusan paspot telah dapat disiapkan, aku membawa isteri dan berangkat dari Jawa Tengah menuju ke Jakarta dan menginap satu malam.
Esok tengah harinya kami menaiki pesawat MAS MH 710 menuju ke Kuala Lumpur dan menginap satu malam. Keesokan harinya aku bersama isteri berangkat ke Sungai Petani dengan menaiki Bas Express jam 10 malam dan tiba kira kira jam 6 pagi.
BERTUKAR:
Sebelum pasukan PPH mahu dibubarkan oleh Kerajaan pada tahun 1992, aku memohon ditukarkan kelain daerah setelah sekian lama menduduki dalam pasukan Polis Hutan. Aku telah ditukarkan ke Kuantan sebagai Polis biasa (GD). Disana aku telah ditempatkan di Makhamah Rendah untuk menyelenggara penghantaran sapina serta perkara lain yang bersangkutan dengan tugas tugas Polis.
PERSARAAN DARI JAWATAN POLIS:
Setelah pesaraan diluluskan, kami sekeluarga berangkat ke Kuala Lumpur menetap disebuat Flat Bandaraya dengan sewaan RM124.00 sebulan. Dalam pada itu, aku ditawarkan oleh seorang kawan rapat untuk memandu teksi di Kuala Lumpur kerana beliau adalah kaki tangan kerajaan yang masih bertugas.
CURANG:
Selama menjadi pemandu teksi, isteriku mula curang. Dia membuat perhubungan sulit dengan seorang lelaki India yang lebih jauh muda dari umurnya. Dia sering keluar rumah tanpa memberi tahu aku kemana dia pergi.
Makan minum anak anak langsaung tidak dipedulikan. Lama kelamaan perbuatannya itu semakin berlarutan dan setiap kali menjadi permasaalahan pada diri aku. Dia terpaksa aku ceraikan daripada hidup menangggung beban dan dosa.
Biarpun aku sebagai bapa mithali, dimasa yang sama, aku masih teringat ingat akan seorang janda berhias bernama Amnah yang pernah aku anggap ianya kekasih pertama tercatit dihati sanubari yang masih terujut.
Aku kira dia lah gadis pertama yang telah menabur perasaan simpati terhadap nasib diri aku selama kami sama sama berlajar di Sekolah Melayu Tanjung Bayang dan sehingga kini mata ku masih terpancar kearahnya membuat aku resah dan gelisah.
Walaupun dia tidak pernah tahu yang aku ini adalah seorang "ANAK RAJA" yang mungkin menjadi tonggak pemerintahan dimasa depan yang tidak pernah sesiapa mengetahui bahawa Ku Ann @Tengku Amran Ibni Almarhum Tengku Muhammad Shah adalah cucuanda sebenar kepada Almarhum Sultan Abdul Jalail @ Alang Iskandar Muda (Mahkota Alam).
Insyallah....akan bersambung dengan idzin Allah SWT..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.