Followers

Saturday, November 24, 2012

KES TALAM : MB PELAWA MCA BAWA KES KE MAHKAMAH

Aboo Muaz 

KES TALAM : MB PELAWA MCA BAWA KES KE MAHKAMAH

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mencabar MCA terutama Ketua Biro Pemuda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyaman kerajaan negeri berhubung isu penstrukturan hutang Talam.

Abdul Khalid berkata, ia merupakan cabaran Pakatan Rakyat (PR) Selangor kepada Umno-BN atau MCA untuk membawa perkara terbabit ke mahkamah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata demikian selepas diprovok oleh Sulaiman Razak (BN-Permatang) ketika perbahasan kertas putih Talam di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Cabaran itu tercetus apabila, Sulaiman mempertikaikan usaha Kerajaan Negeri mengutip semula hutang Talam berjumlah RM392 juta selain membuat perbandingan perbezaan penilaian harga tanah di Bukit Beruntung oleh Sulaiman & Co dan JPPH.

“Kerajaan Negeri membuat penilaian itu berasaskan nilai komersial bukan nilai pertanian. Itu sebab saya galakkan MCA pergi ke mahkamah saman Kerajaan Negeri. Ini merupakan cabaran PR Selangor,” katanya.

http://tenterasemut.net/kes-talam-mb-pelawa-mca-bawa-kes-ke-mahkamah/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.