Siapa
yang tak kenal menteri mulut celupar (mulut limbah) Nazri Aziz. Menteri
yang terkenal mempertahankan setiap undang-undang dan peraturan yang
menekan dan menzalimi rakyat. Memang dah sinonim dengan Nazri.
Inilah
menteri yang tidak pernah menunjukkan rasa simpati ke atas penderitaan
rakyat. Segala undang-undang dan peraturan perlu mengikut telunjuk si
mulut celupar ini.
Dan
undang-undang serta peraturan, tidak pula diguna-pakai untuk kaum
kerabat dan kroni. Sebab itu, anaknya bebas memukul rakyat, menzalimi
rakyat namun terlepas begitu saja. Jika mengikut standard Najib, Nazri
ini layak diberikan gelaran Menteri Undang-undang Haramjadah.
Kini
telah terdedah kepada umum betapa menteri ini mampu mengumpul harta dan
kemewahan secara yang tidak bermoral. Malah Micheal Chia, seorang yang
didakwa sebagai penggubal wang haram pun dengan mudah 'dibersihkan' oleh
Nazri kerana Chia berkawan baik dengan anaknya, si Nadim.
Salah
satu penemuan yang amat memeranjatkan kita sebagai rakyat (yang
rata-rata terpaksa mengikat dan mengalas perut) ialah gambar sebuah
kediaman laksana mahligai di bandaraya Kuala Lumpur yang dimiliki oleh
anak si menteri mulut jamban ini.
Gambar
di bawah menunjukkan sebuah kolam renang di unit 'mahligai atas angin'
yang dimiliki oleh anak si menteri yang bernama Nedim. Patutlah
beriya-iya sangat si Nazri cuba mengelak desakan agar semua menteri umno
dan Barisan Nasional mengisytiharkan harta mereka.
Di kala
rakyat di Padang Rengas hidup dikelilingi longkang dan parit yang kotor
dan tersumbat, anak si menteri hidup mega-mewah di kediaman yang
dikelilingi kolam renang. Mudah-mudahan ianya bukan daripada hasil 'menjual Gunung Pondok' kepada kilang simen YTL (sebelumnya, Perak Hanjoong). Maklumlah, orang jual tanah, kamu jual gunung.... harap-harap, tidaklah..
Mampukah
kamu pikul mahligai dan kolam renang anak kamu ketika berhadapan dengan
Allah Azza Wajaalla di sana nanti? Itu baru mahligai dan kolam renang.
Dan itu baru di Kuala Lumpur....



Lebih banyak pendedahan mengenai hubungan anak Nazri dengan penggubal wang haram, Michael Chia, di sini. (SUV Hummer tanda kaitan Nazri-Chia, dakwa PKR).
- Weblog M@RHAEN. (sumber: King Jason & Malaysia Kini)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.