Khabar
Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang
baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal
mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan.
Kejutan bakal berlaku ini
disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira
dengan perkembangan ini
Diberitakan
beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan
penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut. Antara orang
yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas.
Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai
Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam,
Melayu dan Raja-raja Melayu.
Mereka
yang sebelum ini cuba mempengaruhi para perwakilan muktamar Pas supaya
mengkritik kepimpinan Pas kerana kononya Pas sudah menyeleweng kecewa
bila mana tidak ada perwakilan sedia mengikut telunjuk mereka.
Akibat
itu mereka dikatakan mengambil keputusan nekad bukan menyokong Umno dari
jauh lagi tetapi akan berkhidmat kepada Umno dengan menjadi ahlinya.
Dipercayai
kalau berita ini benar tindakan itu untuk memberi pukulan kepada Pas.
Kononnya mereka mahu mengajar Pas.
Kemasukan bekas pimpinan Pas itu
diharap memberi suntikan kepada parti Melayu yang kini nyawanya sudah
berada di hujung pedang.
Antara yang diberita akan ikut serta pemimpin
peringkat pemuda kawasan. Kebanyakan mereka sudah serong dengan Pas dan
sering mengkritik Pas atas alasan Pas sudah lari dari perjuangan asal.
Menurut maklumat bekas ahli dan pemimpin itu juga akan akan memberi taklimat khas ala-ala ceramah kepada para perwakilan Umno.
Sama-sama
kita tunggu sejauh mana kebenaran maklumat ini ataupun Umno akan
membatalkan upacara penyerahan borang oleh ahli atau bekas pemimpin Pas
selepas maklumat ini terdedah?
Dalam pada itu sekurang-kurangnya lima
orang dari kalangan mereka akan dipilih untuk menjadi calon Umno atas
kategori sebagai winnabale cadidate.
Mereka akan diletak bertanding di
Selangor dan juga sebuah negeri di Utara. Belum pasti apakah mereka
menggunakan simbol dacing ataupun atas simboil bebas tetapi akan
disokong termasuk kewangan oleh Umno.
Mengenai
cadangan ini bagaimana pun ada di kalangan ahli Umno memprotes dan
sudah ada yang menasihat Najib Razak agar tidak mudah menerima mereka
apa lagi diangkat sebagai calon.
Alasan digunakan pengaruh orang politik
bekas pemimpin Pas itu tidak sehebat mana dan ia merupakan guruh
dilangit saja? Kita tunggu perkembangan selanjutnya?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.