Dunia Hollywood
beberapa hari ini kecoh apabila Kris Humphries yang kini dalam proses
penceraian dengan Kim Kardashian mempersoalkan hadiah mewah berupa
Ferrari yang diterima ketika majlis perkahwinan mereka.
Hadiah
tersebut mungkin merupakan hadiah paling mahal yang mereka terima
sepanjang tempoh perkahwinan mereka yang hanya bertahan selama 72 hari
dan ianya pemberian seorang rakyat Malaysia bertaraf billionaire. Heh.


Selepas
mengumumkan yang mereka kini sah berpisah, Kim Kardashian berjanji dan
nekad untuk memberikan US$200,00 iaitu nilai hadiah perkahwinan mereka
kepada badan kebajikan.
Namun, menurut
bekas suami Kris Humphries mendakwa yang Kim Kardashian sengaja tidak
memasukkan nilai kereta Ferrari (US$325,000) tersebut dalam kiraan
jumlah derma yang ingin disumbangkan — yang juga didakwa terlalu rendah.
Sumber terdekat
dengan Kim Kardashian mendakwa yang beliau sangat gemarkan kereta mewah
itu selain sering memandunya keluar & kini telah menukar status hak
milik ke hak perseorangan.
Peguam Kris
Humphries telah meluahkan hasrat untuk menyoal tentang isu ini di
mahkamah kelak selain memanggil billionaire Malaysia itu nanti sebagai
saksi. (Radar Online)
Cananglahnie


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.