Followers

Tuesday, November 20, 2012

Hampir 70% bajet untuk pembangunan Sarawak - Dhia Daniel

 

Ketua Menteri membentangkan bajet pembangunan sebanyak RM3,407 bilion (69%) manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,517 bilion (31%).

Sekitar DUN Sarawak

KUCHING: Bajet bagi tahun 2013 akan terus dipengaruhi oleh pembangunan yang amat penting bagi sebuah negeri membangun seperti Sarawak, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau menggariskan RM3,407 bilion atau kira-kira 69 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet dicadangkan untuk pembangunan dan RM1,517 bilion atau 31 peratus untuk perbelanjaan mengurus.

Taib memberitahu perkara ini ketika membentangkan Ucapan Belanjawan Bagi Tahun 2013 dalam mesyuarat kedua bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-17 di Kompleks DUN Sarawak.

Bajet ini mengambil kira pembekalan yang mencukupi bagi kejayaan pelaksanaan dan penyiapan kesemua projek di bawah kontrak dalam Rancangan Malaysia ke-10 serta komitmen-komitmen lain bagi tahun depan, tambahnya.

Di bawah bajet berkenaan juga kesemua penstrukturan semula sosial dan ekonomi serta pelan transformasi jangka panjang bagi memastikan pengagihan adil pembangunan ke selulruh negeri akan diteruskan.

“Ini akan memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik, mewujudkan peluang bagi pelaburan dan pekerjaan yang menjurus kepada merapatkan jurang pembangunan antara kawasan-kawasan bandar dengan luar bandar,” ujarnya.

Kerajaan akan meneruskan belanjawan lebihan sejajar dengan usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan kedudukan kewangan negeri kekal sihat dan teguh, katanya.

Ujar Taib, “kita akan terus memberi fokus dalam mempertingkatkan keberkesanan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri serta kecekapan dalam sistem penyampaiannya.

“Amat penting bagi kita melakukan usaha bersepadu mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang ada,” katanya lagi.

Belanjawan 2013 dirangka bagi menggerak-cergaskan semula sektor swasta sebagai penjana pertumbuhan utama.

Cadangan Bajet 2013 ini dijangka menjana lebihan belanjawan kira-kira RM83 juta berasaskan anggaran jumlah pendapatan RM4,150 bilion berbanding jumlah perbelanjaan biasa RM4,067 bilion termasuk peruntukan kepada Akaun Dana Pembangunan, jelas beliau.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.