Aiseh, nampaknya lepas ni semua anggota polis kat selatan tanah air ni terutamanya yang terbabit dalam siasatan mesti dapat "durian runtuh"!
Polis Johor membuat dua laporan polis terhadap portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider berhubung laporan mengenai lelaki yang didakwa menghina Sultan Johor dalam laman sosial Facebook.
Ahmad Abd Jalil, yang ditahan lewat malam Jumaat lalu kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, telah dibebaskan semalam tetapi kemudian ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza.
Ahmad ditangkap pada kali pertama berikutan tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya di Johor.
Fadiah berkata, Ahmad akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi hari ini oleh polis yang telah memohon untuk menahan remannya di bawah pertuduhan baru di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Beliau menambah bahawa polis didakwa memberitahu keluarganya bahawa Ahmad ditangkap semula kerana mereka telah mendapatkan khidmat peguam untuk menguruskan kes tersebut.
"Ini benar-benar satu bentuk ugutan dan pelanggaran perlembagaan persekutuan," katanya.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Johor Nor Azizan Anan berkata lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai juruukur bahan itu, ditahan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 7.30 malam, Jumaat lalu bagi membantu siasatan.
"... The Malaysian Insider dan Malaysiakini menyiarkan artikel berkaitan penyiasatan dan penahanan berkenaan pada Sabtu dan Ahad lalu," Nor Azizan dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dilapor dalam akhbar Berita Harian.
"... Polis Johor membuat dua laporan polis berhubung artikel berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 [sic] Kanun Keseksaan."
Seksyen 500 adalah peruntukan denda bagi fitnah yang berunsur jenayah yang mana ia boleh ditafsirkan dalam Seksyen 499 (penulisan), 501 (percetakan) dan 502 (penjualan) sesuatu yang berunsurkan fitnah.
Jalan Pulang


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.