Followers

Thursday, November 8, 2012

GEMPAR !!!! Peneroka Harap Durian Runtuh, Tapi Terima Malapetaka.

 
Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa pemegang saham FGVH berdepan dengan kerugian apabila harga saham itu terus mengalami kejatuhan di mana terkini tercatat pada harga RM4.61.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata,  maklumat yang diperolehi daripada pihak bank mengatakan jika harga saham jatuh pada harga RM4.78 pun pemegang saham sudah kerugian.

"Kalau ditolak dengan interest, bayaran kepada bank jelas pemegang saham atau peneroka sudah rugi. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif," katanya
Walaupun katanya, peneroka diberi skim membayar RM50 sebulan kepada bank hakikatnya peneroka berdepan dengan penambahan hutang termasuklah interest serta hutang yang lain.

"RM50, berapa lama kena bayar untuk 800 unit saham? Dalam RM3600 lebih sedangkan pada waktu ini peneroka sudah terbeban dengan pelbagai potongan seperti tanaman semula, penyelenggaran ladang, hutang baja perumahan dan macam-macam lagi. Bertambah lagi beban mereka," katanya semasa dihubungi.

"Di waktu peneroka dibuai perasaan susah, pemimpin masih memberi pengharapan kononya suasana ini hanya sementara, sambil memujuk supaya mereka bersabar," katanya yang menyifatkan peneroka bukan menikmati durian runtuh tetapi sedang menghadapi malapetaka.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.