(Gambar
hiasan saja ni Dato' Det, tak ada kena mengena dengan cerita. Dato'
banyak dok buruk sangka dengan blog kami sampai sebut bukan-bukan pasai
blog dalam Dewan... payahlah kami nak buat kerja)
Pembangkang
di Kedah sibuk mempertikaikan sasaran hasil negeri RM640 juta dalam
Bajet 2013, yang menurut mereka mustahil untuk dicapai sebab terlalu
tinggi.
Jumlah berkenaan, katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun.
Bagaimanapun
Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa
pertambahan mendadak anggaran premium sebanyak RM113 juta dari anggaran
tetap yang sedia ada adalah hasil one-off yang melibatkan tiga lokasi.
(Nota:
Tun Mahathir adalah seteru politik Pak Lah. Mahdzir Khalid bekas
Setiausaha Politik Pak Lah yang diangkat Pak Lah menjadi MB Kedah)
Dalam
Sidang DUN Bajet 2012 tahun lalu, Mahdzir dalam perbahasannya semacam
tidak setuju tanah itu diserah balik hanya kerana terdapat usaha oleh
orang tertentu mendesak tanah itu dikembalikan.
Perundingan
telah berlaku antara bekas pemilik yang bersungguh-sunguh mahu
mendapatkan kembali tanah tersebut bagi mengelak kerugian lebih besar
apabila tanah tersebut terlepas tangan dan kerajaan negeri dijangka
mendapat RM30 juta selepas bekas pemilik membeli tanah itu semula.
Tanah
itu dirampas dahulu kerana tidak membayar cukai taksiran yang berjumlah
RM14 juta. Hanya cukai premium yang dibayar. Rampasan dibuat mengikut
prosedur undang-undang dan telah diwartakan sebagai milik kerajaan.
Beliau
tidak menyebut siapakah individu yang ‘menyondol’ kerajaan negeri minta
tanah tersebut dikembalikan tetapi di belakang tabir, terdapat rahsia
umum bahawa individu yang dimaksudkan ialah bekas Perdana Menteri iaitu
Tun Dr. Mahathir.
Kedua,
bayaran premium satu projek besar yang akan dilaksanakan di Alor Setar
yang turut melibatkan pampasan pengambilan jalan negeri sebanyak RM38
juta.
Ketiga,
ialah sebidang tanah di Daerah Bandar Baru milik kerajaan negeri,
diambil balik oleh kerajaan negeri setelah ianya gagal dibangunkan oleh
sebuah syarikat pemaju.
Kini terdapat pihak yang berminat memajukan
tanah tersebut dan anggaran hasil premium yang tinggi yang melengkapkan
jumlah anggaran hasil tanah one-off itu sebanyak RM113 juta.
Ini bermakna hasil tetap mengikut rutin tahunan premium tanah hanya disasarkan RM37 juta. Ia adalah munasabah.
Mahdzir
tidak bersalah dalam hal ini kerana beliau cuma bertanya soalan dan
Amiruddin memberikan jawapan. Tetapi apabila Mahdzir membayangkan,
sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyebabkan kenaikan kadar
cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh kerajaan negeri maka
ia dianggap sudah 'berburuk sangka' .. jangan dok suk dzon macam tu Dato' Seri tak baikkk...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.