Dua peguam Perancis, Joseph Breham dan William Bourdon akan hadir ke negara ini dalam masa terdekat untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung skandal pembelian kapal selam kelas Scorpene.
Khabar gembira
tersebut dimaklumkan peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Fadiah Nadwa
Fikri pada Ceramah Perdana Jelajah Le Tour De Scorpene malam tadi.
"Kami sedang
berusaha untuk menyelesaikan urusan visa mereka, setelah itu kami akan
umumkan tarikh kehadiran mereka seberapa segera sebelum sidang Parlimen
berakhir hujung bulan ini," katanya di hadapan lebih 3,000 hadirin di
Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
Fadiah
berkata, kehadiran kedua-dua peguam itu penting untuk menjelaskan
situasi sebenar berhubung kes rasuah Scorpene dan misteri pembunuhan
model Mongolia, Altantuya Shaariibuu di mahkamah Perancis.
"Penjelasan
harus diberikan ekoran pelbagai spekulasi yang dicipta Barisan Nasional
(BN) dan media kawalan mereka berhubung perbicaraan kes ini.
"Kehadiran
mereka di Parlimen Malaysia sebagai peguam yang mewakili Suaram amat
diperlukan untuk memberi taklimat serta penerangan kepada Ahli Parlimen
berhubung isu Scorpene," katanya disambut sorakan gempita.
Fadiah
menegaskan, Suaram sama sekali tidak akan berganjak untuk terus
menjalankan siasatan walaupun Umno BN sedang berusaha 'mematikan'
Suaram.
"Kebelakangan
ini pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Suaram, namun ingin saya
tegaskan, jika Suaram berjaya diharamkan sekalipun, siasatan akan tetap
berjalan," katanya.
Ceramah anjuran
bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Suaram itu turut
diserikan dengan simbolik kit penyelewengan skandal Scorpene oleh Ketua
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard kepada Pengerusi
KEADILAN Johor, Chua Jui Meng serta pimpinan Pakatan Rakyat Johor.
Dalam majlis itu juga 250 tandatangan bantahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya dikumpulkan.
Antara tokoh
lain yang hadir adalah Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat; Ketua
Cabang KEADILAN Johor Jaya, Jimmy Puah; Pengarah Eksekutif Suaram,
Cynthia Gabriel; Penyelaras KEADILAN Muar, Nor Hizwan Ahmad dan beberapa
pimpinan lain.
PASPB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.