Followers

Thursday, November 22, 2012

Dua Ahli UMNO Sabah Dipecat, 1 Digantung ??

Dua ahli Umno dari kawasan Semporna Sabah dipecat manakala seorang digantung tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana didapati bersalah terbabit dalam kes sabotaj parti.
Tindakan ini susulan penubuhan satu jawatankuasa khas baru-baru ini bahawa sesiapa yang didapati mensabotaj parti akan dikenakan tindakan tegas oleh parti terbabit.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan, bahawa tiada sebarang kompromi kepada sebarang anasir yang cuba merosakkan perjuangan parti termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang dan akan diambil.
“Ini adalah selari dengan transformasi politik oleh kepimpinan parti,” katanya dalam satu kenyataan media yang turut memaklumkan berkaitan anggota parti yang telah diambil tindakan.
Kes-kes yang telah diputuskan oleh jawatankuasa itu membabitkan kesalahan-kesalahan seperti sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno.
“Tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno yang melibatkan Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis iaitu empat orang didapati bersalah dan diberi amaran dan seorang didapati tidak bersalah,” katanya lagi.

http://tenterasemut.net/tanda-umno-nak-mampus-sabotaj-parti-dua-ahli-umno-dipecat/
Aboo Muaz 
Dua ahli Umno dari kawasan Semporna Sabah dipecat manakala seorang digantung tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana didapati bersalah terbabit dalam kes sabotaj parti.

Tindakan ini susulan penubuhan satu jawatankuasa khas baru-baru ini bahawa sesiapa yang didapati mensabotaj parti akan dikenakan tindakan tegas oleh parti terbabit.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan, bahawa tiada sebarang kompromi kepada sebarang anasir yang cuba merosakkan perjuangan parti termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang dan akan diambil.

“Ini adalah selari dengan transformasi politik oleh kepimpinan parti,” katanya dalam satu kenyataan media yang turut memaklumkan berkaitan anggota parti yang telah diambil tindakan.

Kes-kes yang telah diputuskan oleh jawatankuasa itu membabitkan kesalahan-kesalahan seperti sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 T
ataetika Ahli Umno.

“Tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno yang melibatkan Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis iaitu empat orang didapati bersalah dan diberi amaran dan seorang didapati tidak bersalah,” katanya lagi.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.