“Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan nafikan Genting Berhad beli saham FGVH sejumlah RM407.005.000. Ia jelas dipaparkan di skrin Bursa Malaysia.
“Kali ini, saya dedah bukti penjualan MSM kepada BUNGE, Bunge
Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel yang berpangkalan di
Singapura. Inilah salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang
lalu.
“Ia berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA
OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing.
Selain Mitsui dan
Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar oleh IFFCO SDN BHD,
syarikat keluarga keturunan India yang berpangkalan di Dubai,” terang
beliau menerusi laman sosial Facebook baru sebentar tadi.
“Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah
kepada 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpangkalan di Pasir Gudang
ini dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).
“Detik hitamnya bermula, MSM mula dijual kepada syarikat Israel!
Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, GAZA jadi medan pertumpahan
darah paling dahsyat sampai hari ini.
“Pemimpin UMNO berpura-pura tunjuk simpati kepada penduduk Palestin,
tetapi waktu yang sama menjual minyak sawitnya kepada Israel!,” tegas
beliau lagi bagi mengemukakan bukti kerjasama Felda dan Israel.
Sumber: Facebook Mazlan Aliman
Sumber: Facebook Mazlan Aliman
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.