Followers

Wednesday, November 21, 2012

Bongkar! Pagi bertudung,malam saya pelacur-Mahasiswi IPT..

 
Masalah pelajar perempuan yang masih menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) dalam kegiatan maksiat dan pelacuran bukanlah satu perkara baru. Sebuah akhbar pernah membongkar kegiatan tidak bermoral dilakukan seorang pelajar berusia 20 tahun berasal dari Melaka. 
 


Dia yang mahu dikenali dengan nama Zila berkata, pinjaman pembelajaran yang dibuat tidak mencukupi bagi menampung keperluannya. Kerana tidak sanggup hidup susah dan terpaksa mengikat perut, dia memilih bekerja di sebuah pusat hiburan di Bukit Mertajam untuk mendapatkan pendapatan lebih. 
 
 
Menurutnya, dia mampu memperoleh di antara RM150 hingga RM200 setiap malam dengan melayani kehendak pelanggan. Katanya, ada dalam kalangan pelanggan yang akan membayar lebih sekiranya menemani mereka hingga ke bilik tidur.
 

 “Tidak semua orang tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar seperti kami. Pinjaman diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan. Selain tugasan yang harus dilakukan, kami juga perlu makan dan membeli barangan keperluan harian. 
 

“Ada rakan sebilik saya yang tidak bekerja sebagai pelayan, tetapi mempunyai teman lelaki yang sedia memberikan wang kepada mereka. Sebagai pelajar, mereka tidak akan mampu membayar semula bantuan diberikan, melainkan menyerahkan tubuh kepada teman lelaki,” katanya. 
 

Ayu berkata, sebelum ini dia pernah ditawarkan untuk bekerja di sebuah pusat hiburan di utara, bagaimanapun terpaksa menolak tawaran itu kerana pihak berkuasa tempatan dan polis sering mengadakan operasi.
 

“Saya sudah enam bulan bekerja sebagai pelayan dan pendapatannya lumayan. Siapa sangka saya yang bertudung ke kuliah setiap hari akan berpakaian seksi di waktu malam dan menghidangkan arak kepada pelanggan. 
 

Saya tahu ia salah, tetapi semua ini dilakukan untuk memastikan saya tamat pengajian,” katanya.-Sumber



Pencacai SeMalaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.