Umno dan rasuah umpama nyawa dan badan, jika bercerai salah satu, maka tamatlah riwayat parti yang kununnya memperjuangkan hak orang Melayu selama 55 tahun memerintah.
Dari ketua cawangan hinggalah perdana menteri, rasuah dalam Umno kini umpama seorang penghidap barah tahap empat, sudah tidak boleh diselamatkan lagi walau denga menggunakan dos paling kuat sekalipun.
Percaya atau tidak, bekas menteri di zaman Mahathir, Kadir Sheikh Fadzir sendiri mengakui bahawa rasuah dulu dan kini dalam Umno tidak pernah padam, malah semakin bertambah dari segi jumlahnya mahupun pelakunya.
Dengan indeks rasuah Malaysia kini terus menunjukkan kemerosotan, dari tempat ke-25 pada 2007, kini negara yang kunun mengaku sebuah negara Islam sudah pun terperosok ke tangga ke-60 tahun lalu.
Penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat umpama lubuk besar rasuah Najib Altantuya bagi memfaraidkan kekayaan negara sesama kawan politik dan suku sakat yang kelaparan ekoran negeri termaju di Malaysia, Selangor tumbang ke tangan Pakatan Rakyat.
Bermula dengan projek kontroversi membangunkan semula lapangan terbang tentera di Sungai Besi, Najib Altantuya pantas menutup ruang pengkritik dalam Umno dengan memberi habuan kepada segelintir pihak kununnya perlaksanaannya sudah menuju kejayaan.
Umpama air yang mengalir, rasuah kini diteruskan dengan pengambil alihan tanah bernilai tinggi di bekas tapak hospital kusta di Sungai Buloh, 20 kilometer ke utara Kuala Lumpur yang cukup untuk menampung perbelanjaan Najib Altantuya selama tujuh keturunan.
Nilai tanah tersebut dianggar lebih RM3.7 bilion jika paras hartanah semasa diambil kira, dan bayangkan nilainya apabila bakal dijual kepada pelabur Timur Tengah sedikit masa lagi.
Belum cukup dengan itu, Najib Altantuya tidak berlengah melancarkan Tun Razak Exchange (TRX) yang kunun membawa pulangan sehingga RM10 bilion di kawasan paling bernilai di tengah bandaraya, meliputi Bukit Bintang sehingga Kampung Pandan hingga bakal menghapuskan pegangan tanah milik kerajaan yang mencecah lebih RM7.5 bilion tahun ini.
Sekali lagi kroni rapat dijemput untuk melahap segala habuan yang terhidang di depan mata tanpa memikirkan kesan langsung ekonomi Bumiputera dan masa depan pemilikan tanah orang Melayu yang kini berdepan dengan ancaman rampasan tanah kunun untuk tujuan pembangunan termasuk tanah di Kampung Baru.
Itu baru di Lembah Klang, di selatan tanah air rupanya lebih dahsyat lagi.
Beberapa keping tanah strategik bernilai tinggi di Johor Bharu kini sedang giat dirompak kroni Najib Altantuya dan menteri besar Johor, Ghani Othman yang dikatakan akan digantikan dengan ahli parlimen Pasir Gudang, Khaled Nordin.
Nilai semasa tanah milik kerajaan negeri tersebut dianggarkan lebih RM4 bilion dan 100 peratus milikannya bakal terlepas ke tangan bukan bumiputera, terutamanya yang bakal tersenyum lebar, bos Danga Bay, Lim Kang Hoo.
Dengan segala akses terhadap segala sumber kekayaan negara sama ada dari perolehan yang kita ketahui atau sebaliknya, anggaran kekayaan Najib Altantuya (aset mudah alih dan bukan mudah alih) kini berjumlah lebih daripada RM2 bilion.
Tetapi di mana kesemua wang tersebut disimpan?
Seperti mana-mana bekas perdana menteri terutamanya Mahatnir Mohamad, Najib Altantuya dikatakan menyimpannya di beberapa akaun pesisir luar seperti di Pulau Cayman, Switzerland dan Australia, menggunakan proksi tertentu.
Ini hanyalah anggaran kasar berdasarkan beberapa perkembangan terbaru skandal yang menyelubungi dirinya termasuk penganugerahan kontrak sambungan jajaran LRT Ampang bernilai RM1.3 bilion kepada rakan golfnya, George Kent.
Najib Altantuya tidak peduli Malaysia bakal menuju negara muflis seperti Greece asalkan kekayaannya terus menimbun hingga lebih tujuh keturunan sekalipun!
JALAN PULANG

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.