
IPOH: Habis madu sepah dibuang. Mungkin peribahasa itu yang sesuai untuk
menceritakan nasib empat Adun Bebas di Perak yang berjaya menumbangkan
kerajaan negeri Pakatan sebelum ini.
Kalau sebelum ini jasa mereka sangat diperlukan, Adun yang sudah berpangkat datuk pun tidak mendapat kerusi untuk bertanding.
Ekoran itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sudah menjangkakan akan
berlaku pelbagai pergolakan di dalam Komponen Barisan Nasional (BN)
Negeri Perak di ambang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 ini.
Terkini adalah perkembangan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kawasan Jelapang yang disandang oleh Datuk Hee Yit Foong setelah
'melompat' parti dari DAP menjadi ADUN Bebas pada tahun 2009.
Datuk Hee yang telah menyuarakan hasratnya mempertahankan kerusi
tersebut atas tiket BN atau MCA telah mendapat bantahan keras dari Datuk
Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA yang juga Pengerusi Badan Perhubungan
MCA Negeri Perak.
Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Hee itu, samada telah mendapat restu
Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir atau tidak, dengan segera
mendapat maklumbalas Datuk Seri Chua yang menafikan kedudukan kerusi DUN
Jelapang yang sebelum ini ditandingi oleh MCA.
Namun sehingga kini Datuk Seri Zambry masih membisu seribu bahasa.
"Persoalannya apakah kedudukan Datuk Hee pada PRU 13 nanti? Apakah
pendirian Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi BN Perak? Adakah juga
Datuk Hee akan bertanding atas tiket Bebas pada PRU 13 nanti.
"Bagaimana pula tentang kerusi DUN Bebas yang lain di DUN Behrang,
Changkat Jering dan Malim Nawar?" soal Ketua Penerangan PAS Perak, Ahmad
Nuri Al-Amin (gambar).
Sehubungan itu, beliau mewakili PAS Perak
mencabar Datuk Seri Zambry menjelaskan kedudukan ADUN-ADUN Bebas tersebut yang menjadi 'faktor utama' dan 'kuasa ketiga' terhadap rampasan kuasa Negeri Perak yang dipilih rakyat.
mencabar Datuk Seri Zambry menjelaskan kedudukan ADUN-ADUN Bebas tersebut yang menjadi 'faktor utama' dan 'kuasa ketiga' terhadap rampasan kuasa Negeri Perak yang dipilih rakyat.
"Kami ingin melihat samada Datuk Seri Zambry akan menamakan mereka untuk
bertanding atas tiket BN pada PRU 13 nanti atau pun bertanding atas
tiket Bebas bagi membuktikan mereka masih releven buat rakyat yang telah
memilih mereka.
"Kami merasakan 'ujian besar' buat Datuk Seri Zambry sama ada 'menerima'
atau 'menolak' ADUN-ADUN Bebas tersebut pada PRU 13 nanti!" katanya.-
Harakahdaily,com

Ketua Penerangan PAS Perak, Ahmad Nuri Al-Amin
BATU VS KAYU
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.