TERKINI!
Sambutan di luar jangkaan kali ini!
Kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) di parlimen presidennya sendiri akhirnya berjaya ditembusi!
Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sedang mengadakan lawatan ke Sabah terus mendapat perhatian masyarakat di negeri itu yang selama ini dianak tirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan bersama Malaysia pada 1963.
Buktinya, ke mana saja Anwar tiba, orang ramai berpusu-pusu menyambut ketibaan ahli parlimen Permatang Pauh setelah hebahan mengenainya disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook.
Dalam majlis di kubu kuat PBS di Keningau itu, Anwar terkejut dengan sambutan luar dugaan masyarakat setempat apabila kira-kira 1,500 orang hadir menyaksikan penyerahan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membabitkan 100 ahli PBS yang bertindak keluar parti serta-merta.
Borang permohonan tersebut diterima sendiri Anwar yang turut disaksikan pimpinan KEADILAN negeri dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang mengikuti jelajah tersebut yang bermula hari ini.
Bertempat di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2 dekat Keningau, Anwar menyeru supaya rakyat Sabah keluar dari kelompok kemiskinan selama kerajaan BN memerintah dengan mengundi calon Pakatan Rakyat.
Majlis kira-kira jam 3 petang tadi turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta ucapan bersemangat yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat sekaligus mencatat sejarah tersendiri berjaya memecah dominasi PBS sejak berusaha lebih tiga tahun lalu.
Parlimen Keningau diwakili presiden PBS yang juga timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusinya sejak 1999.
Dikhabarkan PBS yang mengetahui tindakan bekas ahlinya keluar beramai-ramai dari beberapa cawangannya di sekitar Keningau cuba bertindak mengganggu majlis namun atas kecekapan pihak berkuasa, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sementara itu di Pensiangan pula yang menjadi persinggahan pertama Anwar dalam jadual padat Ke Sabah kali ini, beliau turut disambut dengan tarian tradisional kaum Kadazan bagi meraikan kedatangan Anwar bersama rombongannya meninjau masalah dan bertanya khabar dengan penduduk setempat.
Majlis yang dijalankan di Kampung Sarikan, Nabawan itu turut dihadiri kira-kira 1,000 penduduk yang datang tanpa dipaksa atau diberi upah bagi meramaikan majlis.
Anwar sekali lagi mengulangi janjinya menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada Sabah berbanding hanya lima peratus yang diberikan BN sehingga kini.
Malam ini pula, Anwar dijangka akan bertemu dengan masyarakat Sipitang di Kampung Gadung, Lumada bersama-sama dengan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburung dan Senator Majiol Mahap yang keluar BN bulan lalu.
Dikhabarkan ada berita gembira akan diumumkan Anwar malam ini namun ia hanya akan diketahui apabila majlis tersebut yang bermula jam 9.30 malam ini.
Sama-samalah kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.