Followers

Thursday, October 18, 2012

Umno Johor Lebih Rela Pecat Imam Demi Karaoke



SEORANG imam di Masjid Dato' Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telah dipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraoke di dalam kawasan surau.

Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. 


Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.