Followers

Monday, October 1, 2012

Tanda-tanda BN akan dijatuhkan bukan melalui pilihanraya. oleh: Cenangau

Lagi bukti SPR beraksi macam ‘si anjing Umno’?

Keadilandaily melaporkan:
SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur

“Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

“Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan. – KD.
Aku pun tak setuju kalau ada yang kata semua nama tu pengundi pos tu sebagai hantu tapi dengan cara dan kaedah yang meragukan dan tanpa ketelusan macam tu, apa lagi persepsi yang patut kita tanamkan.

Tambah-tambahan memang ada pegawai SPR yang memang selalu beraksi macam ‘si anjing Umno’ termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang katanya ada keahlian Umno yang selalu sangat buat peraturan yang menguntungkan Umno BN dan merugikan Pakatan Rakyat.

Tak dinafikan jugak, memang ada pegawai-pegawai SPR yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat dan berusaha untuk bertindak neutral tapi adalah pegawai yang menurut arahan pegawai atasan depa.

Keadilandaily juga melaporkan:
“Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.
“Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya. – Ibid.
Dalam bab pemilih yang takdak nombor rumah ni, kalau pemilih lama aku tak heran sangat tapi yang aku mushkil ada jumpa nama pemilih baru dalam lokaliti taman perumahan tapi takdak nombor rumah. Mana logik rumahh dalam taman perumahan takdak no rumah.
Juga dilaporkan:
“Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.
“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.
Bab ni pun aku mushkil jugak, apa lagi rasionalnya mengurangkan jumlah lokaliti selain dari nak menyusahkan jentera pembangkang untuk mengenalpasti pengundi.

Bila lokaliti besar, jumlah pengundi ramai memang susah nak mengenalpasti pengundi berbanding kalau lokaliti kecil dan jumpah pengundi kurang.

Juga dilaporkan:
Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya. – Ibid.
Bab ni yang paling celaka. Apa jentera pilihanraya boleh buat kalau pegawai SPR sendiri kata

“Bab pengundi pos ni kuasa ada pada pegawai pemerintah kem-kem berkenaan. ”

“Kami cuma tolong daftarkan mana yang kami dapat dari pegawai pemerintah kem.”
Aku memang tak heran langsung kalau Umno BN masih lagi menang dalam PRU13 walaupun kalau tengok kepada mood rakyat lebih kepada nak jatuhkan Umno BN.

Dan jangan heran kalau Umno BN tetap menang PRU13, rakyat bangkit tolak Umno BN melalui jalanraya pulak…

http://cenangau.blogspot.com/2012/09/lagi-bukti-spr-beraksi-macam-si-anjing.html


***Sumber Berita Dari:
http://mediaperak.com/2012/09/30/tanda-tanda-bn-akan-dijatuhkan-bukan-melalui-pilihanraya/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.