By : Uncleseekers 111
Kami meminta maaf kerana tidak menegmaskini laman ini sejak beberapa hari lepas. Ini berlaku kerana kesibukan menganjurkan pertemuan diantara para bloggers untuk bersama-sama bersatu untuk memperkatakan yang hak.
Pertemuan ini juga menemukan beberapa watak-watak penting dalam siri ini dimana buat pertama kalinya, Tengku Amran di pertemukan secara terbuka.
Selain Tengku Amran, seorang lagi waris Kesultanan Perak juga turut serta untuk bersama-sama merungkai persoalan dan keraguan yang mungkin timbul. Beliau adalah YAM Raja Sharuzzaman Idris Shah, anak kepada Almarhum Sultan Idris Shah.
Bukan setakat dokumen-dokumen yang perlu diteliti, malah dalam majlis ini juga, Tengku Amran telah menunjukkan keris "Taming Sari" yang dikatakan milik mereka yang benar-benar waris kesultanan Perak.
Duduk dari kiri. Raja Shahruzzaman. S.H. AlAttas dan Tengku Amran. S.H AlAttas sedang mencabut keris Taming Sari.
Keris Taming Sari yang didakwa oleh Tengku Amran.
Gambar-gambar seterusnya:
PERMUKIMAN BLOGGERS JANDA BAIK
APA dan Abah
Bismillah...
Selama sehari setengah sejak Sabtu hampir 60 penggiat media baru (bloggers/facebookers) berkampung di Wadi Hussein Janda Baik.
Program yang sepatutnya mengumpulkan penggiat media baru berbagai aliran dan ideologi politik menyaksikan hanya 3 orang peserta dari bloggers pro kerajaan yang berani menghadhirkan diri dan selebihnya adalah dari kalangan penggiat media Pakatan Rakyat.Aku tak perlu ulas bab ini sebab sudah aku ulas beberapa hari yang lalu.
Program interaksi secara langsung dan perkongsian ilmu penulisan politik ini tetap berlangsung meriah saperti yang dirancang oleh penganjur Ucleseekers dan Media Peraksambil Pak Habib menjadi tetamu khasnya.
Suasana mesra dengan semangat persaudaraan tetap dirasakan walaupun hanya melibatkan 3/57....3 orang pro Barisan Nasional dan 57 pro Pakatan Rakyat.Kerana diakhir program atas semangat persaudaraan sesama Islam kami tetap berpelukan mesra sebelum berpisah.
Ku Shah,Abah dan Ku Amran
Adalah kerugian yang amat besar kepada yang takut hadhir (ntah atas apa sebab aku tak faham) bila dalam permukiman ini kami berpeluang bersama putera Almarhum Sultan Idris iaitu YAM Tengku Shah dan Tengku Amran Mohd Shah(yang menuntut takhta Negeri Perak ketika ini).Tengku Amran turut mempertontonkan "KERIS TAMINGSARI" yang didakwa beliau sebagai keris yang sebenar yang berada dalam simpanan beliau....Waallahu'alam.
"Tamingsari" yang didakwa Ku Amran sebagai yang 'asli'..
Tapi yang pasti asli 2 batu dijari Pak Habib tu...colour kuning lagi.
Nantikan "Video Ekslusif " wawancara bersama Pak Habib dan Tengku Shah oleh Amrayy Lensa Assault (APA Media Team) bila kerja kerja editing selesai dilakukan.Sementara itu dibawah adalah beberapa rakaman gambar yang sempat aku snap...
APA dan Aduka Taruna.
Yang bagi isyarat 2 jari tu Pak Lawak buat aku tak kering gusi...
APA dan Manjung Mari.
Dia test kepala lutut aku,tenguk berapa lama aku tak dapat...
Yang tengah berbual dengan Manjungmari tu yang aku musykil...keh keh keh
Ini rapper Janda Baik
Dua orang Pak Habib.Yang seorang lagi tu ada 9 juta pengikut
di Indonesia (nanti aku dapatkan detailnya)
Undilah parti Cap Ayam
Ulamak team up dengan Ular Dalam Semak
Nantikan video kelakar giler Piyanhabib dengan Pal Lawak pakai
t-shirt logo R tu...
Apa saja yang dibincang MSK dengan Rocker kita ni..
Berkumpul sebelum makan malam yang ditaja Saufiville Janda Baik.
Makanan disini meletop beb...
Pak Habib sedang memberi ucapan terima kasih kepada owner Saufiville
yang menaja penginapan dan makanan peserta.Terima kasih atas layanan
terbaik kepada kami...
Perkongsian ilmu secara santai...
Ini namanya "PARANORMAL THUNDERBALL"..
Ada berani?
Korang tunggu video game ini dari Amrayy Lensa Assault
Penjaga gol paling bising yang baju hijau tu..
Uncleseeker tengah memerhati permainan Jagung Manis..
Putera raja berjiwa seni...baik punya layan
Poyo je muka...nak kata lapar,meja penuh.Kah kah kah..
Ini nama nya FREESTYLE...ikut suka hatilah nak posing
Sessi bersama Pak Habib
Pak Habib pun sokong?
Nasi Arab Wadi Hadramawt....baik punyer
Pak Habib kata ini rumah aku,jadi suka hati emak bapak akulah
nak pakai baju apa!
Masa untuk berpisah...
VK Lingam kata....KOREK! KOREK! KOREK!
Amik kau!penangan terlebeh makan jagung manis...ha ha ha
Senyum MSK Pak Habib pakai t-shirt Media Perak
Mamat ini aku jumpa dalam perjalanan balik.Aku tanya dia tahta negeri mana pulak
yang dia nak tuntut...dia jawap Pulau Pinang..hik hik
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.