Followers

Monday, October 29, 2012

Skandal Pelaburan Emas Genneva Beri Tekanan Pada Pentadbiran Najib


Tindakan terhadap syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia, telah menyebabkan tekanan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyelesaikan kontroversi yang telah mempertaruhkan 300,000 kehidupan rakyat.

Ia juga boleh memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang mesti diadakan menjelang April depan iaitu kurang daripada enam bulan dari sekarang.

Laman berita The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya juga menyedari potensi kejatuhan politik ekoran skandal itu.

Sekitar 60,000 penjual dan pembeli kini di ambang kerugian besar selepas Bank Negara menyerbu firma itu dan merampas 200 kilogram emas bulion yang dianggarkan bernilai RM40 juta ($16 juta) dari premis di Jalan Kuchai Lama, pada 1 Oktober lalu.

Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) Singapura juga telah menjalankan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura.

Dilaporkan bahawa skim yang dikendalikan oleh Genneva menawarkan pulangan yang sangat tinggi sehingga 24 peratus setahun.

Bank Negara juga telah membekukan akaun, cek Genneva Malaysia dan lain-lain aset, kerana mengesyaki syarikat melanggar pelbagai undang-undang perbankan dan kewangan.

Sehingga kini, Bank Negara masih belum mendakwa pengarah syarikat tersebut.

"Kami mahu Bank Negara melepaskan Genneva Malaysia dan 200 kilogram emas bulion disita supaya syarikat itu boleh memenuhi tanggungjawab kepada pelanggan," kata seorang pesara, Cik Shereen Lim, yang merupakan salah seorang mangsa skim itu.

Kerajaan bagaimanapun telah menyatakan bahawa ia tidak mungkin akur kepada permintaan mangsa.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, telah memberitahu Parlimen pada 23 Oktober lalu bahawa liabiliti Genneva Malaysia melebihi asetnya - menunjukkan syarikat itu tidak dapat membayar pulangan kepada pelabur.

Datuk Awang Adek berkata, mustahil bagi Bank Negara, yang sedang mempertimbangkan apa tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap Genneva Malaysia, membayar balik pelanggan syarikat dengan nilai pelaburan mereka.

"Kita tidak boleh mengatakan pelabur tidak bersalah sama sekali, mereka yang telah melabur dan tentunya terdapat risiko.

"Namun, syarikat yang terlibat memang patut dipersalahkan.

Mana ada skim yang boleh memberi pulangan baik serupa itu.

Jika ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan, maka ia tidak benar," kata Datuk Awan Adek.


- Agensi.
 
 
 
Kelab Greenboc


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.