Followers

Saturday, October 6, 2012

Rakyat Adalah "TUAN TANAH"

Photo: Rakyat Adalah "TUAN TANAH" (Bah 2)

1. Rakyat adalah TUAN, Kerajaan cumalah Pengurus kepada tuan punya negara, kerajaan cumalah pihak yang dilantik rakyat untuk mentadbir negara. Bayangkan negara ini sebuah korporat. Rakyat adalah TUAN, setiap warganegara merupakan pemegang saham. Kerajaan dan pemegang-pemegang jawatan awam adalah orang suruhan rakyat. Upah dan gaji kakitangan kerajaan serta perbelanjaan kerajaan yang lain dibayar dengan wang rakyat. Maka, kerajaan mestilah berkhidmat untuk rakyat. Kita rakyat, sebagai TUAN, berhak untuk mengkritik kerajan. Kerajaan yang dilantik rakyat mesti menghormati suara hati rakyat yang melantiknya. Ia sama sekali tidak boleh mengugut atau menghukum TUANnya.

2. Pilihanraya Adalah Proses Pemilihan Untuk Pengurusan Baru Tempoh sesebuah parti membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya cumalah 5 tahun sahaja. Jawatan kerajaan dikosongkan apabila tamatnya tempoh lima tahun itu ataupun apabila Parlimen dibubarkan oleh DYMM Yang Di-pertuan Agong atas nasihat kerajaan yang sedang memerintah. Pilihanraya sebenarnya adalah sesi temuduga untuk melantik pengurusan baru manakala pengundi adalah pemegang saham yang bersama-sama menemuduga calon-calon dan menentukan pemegang jawatan. Setiap pengundi itu bebas menentukan sama ada untuk mengekalkan pengurusan yang sama atau menukar orang baru. Apabila jawatan kerajaan dikosongkan kerana penamatan tempoh atau pembubaran Parlimen, parti pemerintah cuma berfungsi sebagai ‘kerajaan penjaga’ (care-taker government). Sepertimana seorang pengurus syarikat tidak boleh menggunakan wang pemegang saham untuk mempromosikan diri atau mengejar kepentingan dirinya, ’kerajaan penjaga’ juga tidak harus menyalahgunakan sumber-sumber negara untuk mempromosikan diri demi mempertingkatkan peluang kemenangannya dalam pilihanraya.

3. Calon PRU Tidak Boleh Mengugut TUANnya Semasa pilihanraya, semua parti politik dan calon adalah calon-calon untuk kerajaan baru. Mereka tidak harus menggunakan taktik-taktik kotor untuk mengugut pengundi sepertimana seorang pemohon kerja tidak boleh mengugut bakal majikan supaya melantiknya. Sebagai contoh, jika kerajaan sesebuah negara memperuntukkan dana pembangunan cuma untuk kawasan yang dimenangi parti pemerintah, perkara ini adalah tidak masuk akal sama seperti jika pengurusan sesebuah syarikat membahagikan dividen cuma kepada sebilangan dan bukan kesemua pemegang saham.

4. Pilihanrakyat bukanlah untuk membalas budi. Undi adalah surat perlantikan untuk 5 tahun akan datang. Maka, parti dan calon yang menang dalam pilihanraya sebenarnya berhutang budi kepada rakyat yang memberikan mereka mandat untuk merealisasikan rancangannya. Apabila mereka berkhidmat selepas pilihanraya, mereka sebenarnya sedang membalas budi pengundi. Kita pengundi tidak mempunyai kewajipan untuk memilih mereka sekali lagi dalam pilihanraya baru. Pilihan kita seharusnya bergantung kepada kebolehan mereka untuk menjalankan tugas dengan baik dalam tempoh 5 tahun yang baru. Kita menilai pencapaian parti-parti dan ahli-ahli politik pada masa lalu cumalah untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai hasrat, kecenderungan serta kebolehan dalam mencapai impian TUAN TANAH, bukan untuk membalas budi mana-mana pihak. Ahli-ahli politik yang berjaya dipilih semula mesti ingat bahawa rakyat tidak berhutang budi kepada mereka dalam 5 tahun yang lepas sebaliknya sekali lagi mereka kini berhutang budi kepada rakyat untuk 5 tahun yang akan datang.
Love . Peace . Harmony


1. Rakyat adalah TUAN, Kerajaan cumalah Pengurus kepada tuan punya negara, kerajaan cumalah pihak yang dilantik rakyat untuk mentadbir negara. Bayangkan negara ini sebuah korporat. Rakyat adalah TUAN, setiap warganegara merupakan pemegang saham. Kerajaan dan pemegang-pemegang jawatan awam adalah orang suruhan rakyat. 
 
Upah dan gaji kakitangan kerajaan serta perbelanjaan kerajaan yang lain dibayar dengan wang rakyat. Maka, kerajaan mestilah berkhidmat untuk rakyat. Kita rakyat, sebagai TUAN, berhak untuk mengkritik kerajan. Kerajaan yang dilantik rakyat mesti menghormati suara hati rakyat yang melantiknya. Ia sama sekali tidak boleh mengugut atau menghukum TUANnya.

2. Pilihanraya Adalah Proses Pemilihan Untuk Pengurusan Baru Tempoh sesebuah parti membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya cumalah 5 tahun sahaja. 
 
Jawatan kerajaan dikosongkan apabila tamatnya tempoh lima tahun itu ataupun apabila Parlimen dibubarkan oleh DYMM Yang Di-pertuan Agong atas nasihat kerajaan yang sedang memerintah. Pilihanraya sebenarnya adalah sesi temuduga untuk melantik pengurusan baru manakala pengundi adalah pemegang saham yang bersama-sama menemuduga calon-calon dan menentukan pemegang jawatan. 
 
Setiap pengundi itu bebas menentukan sama ada untuk mengekalkan pengurusan yang sama atau menukar orang baru. Apabila jawatan kerajaan dikosongkan kerana penamatan tempoh atau pembubaran Parlimen, parti pemerintah cuma berfungsi sebagai ‘kerajaan penjaga’ (care-taker government). 
 
Sepertimana seorang pengurus syarikat tidak boleh menggunakan wang pemegang saham untuk mempromosikan diri atau mengejar kepentingan dirinya, ’kerajaan penjaga’ juga tidak harus menyalahgunakan sumber-sumber negara untuk mempromosikan diri demi mempertingkatkan peluang kemenangannya dalam pilihanraya.

3. Calon PRU Tidak Boleh Mengugut TUANnya Semasa pilihanraya, semua parti politik dan calon adalah calon-calon untuk kerajaan baru. Mereka tidak harus menggunakan taktik-taktik kotor untuk mengugut pengundi sepertimana seorang pemohon kerja tidak boleh mengugut bakal majikan supaya melantiknya. 
 
Sebagai contoh, jika kerajaan sesebuah negara memperuntukkan dana pembangunan cuma untuk kawasan yang dimenangi parti pemerintah, perkara ini adalah tidak masuk akal sama seperti jika pengurusan sesebuah syarikat membahagikan dividen cuma kepada sebilangan dan bukan kesemua pemegang saham.

4. Pilihanrakyat bukanlah untuk membalas budi. Undi adalah surat perlantikan untuk 5 tahun akan datang. Maka, parti dan calon yang menang dalam pilihanraya sebenarnya berhutang budi kepada rakyat yang memberikan mereka mandat untuk merealisasikan rancangannya. 
 
Apabila mereka berkhidmat selepas pilihanraya, mereka sebenarnya sedang membalas budi pengundi. Kita pengundi tidak mempunyai kewajipan untuk memilih mereka sekali lagi dalam pilihanraya baru. Pilihan kita seharusnya bergantung kepada kebolehan mereka untuk menjalankan tugas dengan baik dalam tempoh 5 tahun yang baru. 
 
Kita menilai pencapaian parti-parti dan ahli-ahli politik pada masa lalu cumalah untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai hasrat, kecenderungan serta kebolehan dalam mencapai impian TUAN TANAH, bukan untuk membalas budi mana-mana pihak. 
 
Ahli-ahli politik yang berjaya dipilih semula mesti ingat bahawa rakyat tidak berhutang budi kepada mereka dalam 5 tahun yang lepas sebaliknya sekali lagi mereka kini berhutang budi kepada rakyat untuk 5 tahun yang akan datang.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.