Nota Kita Semua Uncleseekers:
Petikan dari Buku Setan, Syaitan, Sultan. Untuk baca lanjut, dapatkan
buku dgn harga RM60 termasuk penghantaran, sila pm admin atau email ke
KitaSemuaUncleseekers@gmail.com :-
- Nama penuh dan no contact, alamat penghantaran.
- Kaedah pembayaran akan dimaklumkan melalui pm atau email.
Petikan artikel 'SURAT TERBUKA UNTUK SULTAN IBRAHIM (YEM)' - Pak Habib- Syed Hussien Al-Attas The Writer.
- Saudara... Sorrylah, kalau saya tak panggil saudara dengan panggilan
yang ‘Duli Maha Mulia Tuanku’ atau ‘Tunku’. Saya kenal diri dan Tuhan
saya. Saya tahu asal tok nenek saudara dan asal usul saya, lagipun kita
umat Islam hanya Allah saja yang layak menggunakan perkataan “Maha”,
hanya Allah subhana wa taala dengan sifat dan zatNya yang berhak
menggunakan perkataan “Maha”, kerana Dia Raja Sekalian Alam. Tun
Dr.Mahathir memang nama dia macam tu, Mahathir begitu juga dengan motor
Yamaha.
Dia Yang Maha Kuasa, itu pun kita bercakap dengan Tuhan kita
guna perkataan “Aku” dalam niat solat. “Sahaja aku sembahyang Subuh dua
rakaat kerana Allah taala”. Tak ada pun berpatik-patik dengan Tuhan yang
disembah. Aku aje. So, no big deal Bro. Saya guna perkataan kawan,
awak, I, me dengan you.
- Awak bukannya ‘Tuan kawan’. ‘Kawan’
dan awak selaku makhluk yang diciptakanNya hanya bertuhankan Allah,
tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan
kita perlu takut hanya pada Allah yang menjadikan kita.
Kerana Dia,
kita berada di dunia ini dan kepada Dia kita akan kembali. Hanya Allah
yang Maha Agung, tak ada manusia agung melainkan dia sudah sampai ke
peringkat insanul kamil, bertaraf ‘ahsanu taqwim’ seindah-indah dan
semulia-mulia kejadian.
- La illa ha illaha illallah Muhammad
Rasulullah. Itulah syahadat yang kita ucapkan sebagai hamba Allah, maka
kawan hanya takut pada Allah. Hanya Allah yang Maha Kuasa.
Tidak
bergerak sesuatu melainkan gerak Allah. Awak tak boleh marah “aku” guna
perkataan “kawan” sebagai ganti nama ‘aku’, suka hati akulah kerana aku
orang Johor, dan awak pun orang Johor juga. Bahasa “kawan awak” ini,
bahasa orang Johor. Kalau Tok awak dulu, “Wak Neyeh Sultan Ismail
menggunakan bahasa “me, you” bahasa elit Johor.
- Saudara...
Allah Tuhan kita. Nabi Muhammad Rasul dan Nabi kita, Al-Quran imam kita,
Kaabah kiblat kita dan orang Islam adalah saudara kita. Sejak bila
dalam Islam ada kasta? Ada manusia yang dipuji macam dewa? Berada di
atas undang-undang.
- Negara kita sudah merdeka hampir 55
tahun, nampaknya yang betul-betul merdeka di negeri Johor adalah saudara
dan kerabat diraja Johor boleh bermaharajalela di atas jalan raya, ada
askar sendiri, apa polis yang ikut saja perintah kerabat diraja.
Perangai macam itu amat tidak disenangi oleh penduduk negeri Johor. Awak
jangan lupa bahawa sudah tidak ada lagi status “rakyat Johor” seperti
di zaman Tok awak, Sultan Ibrahim ketika menjadi sultan.
Akibat
mengkritik Sultan dalam Sunday Mirror, Dato’ Onn dibuang negeri ke
Singapura. Onn Jaafar dan keluarga terpaksa hidup sebagai nelayan di
Singapura. Sedangkan Dato’ Onn bin Jaafar adalah adik ipar sultan. Cik
Dara, kakak Dato’ Onn adalah isteri Sultan Ibrahim.
-
Brother...Mak awak orang Inggeris, awak bukanlah anak raja yang pertama
berasal dari England. Helen Bartholomewa adalah wanita Inggeris pertama
yang menjadi Permaisuri Johor, isteri Sultan Ibrahim yang ditabalkan
sebagai permaisuri bergelar Sultanah Helen. Apakah salah kawan panggil
awak ‘Brother’ ? Ini panggilan popular hari ini. Lagipun kita orang
Islam ini bersaudara.
Tak salah gua panggil lu Bro kan, baru sama
frequency dan wave length. Bila bercakap dengan bahasa rakyat ini kita
lebih mesra, tak ada ‘shoulder length’, baru hidup silaturrahim, macam
kita bercakap dengan Tuhan semasa solat yang mustahak ‘niat’. Semua amal
bermula dengan niat.
- "Ingat-ingat Tengku, yang akan ditanya
oleh Allah Ta’ala segala hal rakyat kepada rajanya pada hari kemudian.
Dan siapa lagi kalau bukan Tengku yang mula sekali masuk neraka adalah
segala raja-raja yang zalim ke atas rakyatnya...
Maka janganlah Tengku
kira orang yang menjadi raja itu terlebih besar dan terlebih mulia
daripada rakyatnya melainkan orang yang terkecil lagi hina adanya. Iaitu
hamba segala hamba Allah." (Kisah Pelayaran Abdullah Munshi)
-
Saudara... Rakyat di Malaysia umumnya dan bangsa Melayu khususnya telah
menempuhi banyak daerah perubahan di sepanjang sejarahnya. Peri laku
dan cara berfikir saudara patut turut berubah sama, kalau tak berubah
nanti rebah. Dulu rakyat tak ada pilihan melainkan percaya bulat-bulat
apa yang tersiar di media massa arus perdana yang di miliki oleh mereka
yang berkuasa.
Itu dulu, dulu lain sekarang lain nyanyian Tan Sri
SM.Salim. Anak-anak zaman dulu, takut dengan ibu bapa, takut dengan
guru, dengan perkataan derhaka. Itu dulu. Sebab itu jangan kerana awak
bergelar Sultan awak fikir awak boleh bersultan di mata beraja di hati.
- Kita kini berada di era milenium, anak murid tak takut guru, anak tak
pedulikan ibu bapa, rakyat tidak takut kerajaan. Inikan pula Raja-Raja,
anda perlu dikejutkan supaya tak terus terlena. Di dunia tanpa sempadan
di mana media baru yang tak memerlukan percitakan beritanya tersebar
diseluruh dunia dimana ikan kecik boleh makan ikan besar. Jika anda tak
sedar, demi masa sesungguhnya anda hidup dalam kerugian.
-
Saudara kena ingat, kuasa yang ada setakat ‘amanah’. Sepatutnya Johor
sudah tak ada raja lagi. Sultan Mahmud tak ada keturunan, digantikan
oleh Sultan Abdul Jalil anak Tun Habib, tiba-tiba muncul Raja Kechil
yang menjadi anak gundik berperang dengan Sultan Abdul Jalil, akhirnya
anak Bendahara Tun Habib yang lari dibunuh di Pekan mati dan kuburnya di
Kampung Marhom Pekan.
- Perbuatan awak yang angkuh dan sombong
menunjuk-nunjuk kuasa dan kekayaan boleh memporak perandakan institusi
Raja-Raja, akibatnya ramai saudara kerabat di negeri yang boleh sakit
jiwa dibuatnya nanti, bila tersedar yang rakyat hari ini ramai yang tak
suka pada raja tetapi suka mahu jadi anak raja, apa lagi boleh jadi
Tengku Mahkota atau Raja Muda macam anak awak, Ismail yang merasakan
dirinya Prince Charles.
Orang kampung tahu kerabat diraja Johor buat
kesalahan apa saja dengan mudah terlepas dari undang-undang mereka yang
ada kuasa boleh tutup sebelah mata. Ingat, patience has its limit.
Jangan sampai cacing naik ke mata. Kucing bila terdesak dipersok boleh
bertukar menjadi harimau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
ada gunanya, apa jadi kepada Institusi Raja jika BN kecundang PRU ke-13
nanti?
- Rakyat mula bertanya sampai bila para VVIP boleh hidup
seperti The Rich and Famous dengan tak payah bekerja tetapi boleh hidup
di dalam beberapa buah istana sedangkan rakyat nak dapat rumah PPRT
teramatlah susahnya.
- Pergaduhan rakyat dengan kerabat diraja
bermula awak dengan Kamal Hisham, kemudian dengan Nizar, lepas itu
dengan Uncle Seekers ini tidak patut dibiarkan berlarutan.
Biarpun saya
duduk di Wilayah Persekutuan dan ada Alattas University of Life di Janda
Baik (Hantu) Pahang, saya lahir dan kahwin di Johor masih merasakan
diri anak Johor. Pertama, menepuk air di dulang merecik ke muka sendiri.
Kedua, sejak adanya blog, facebook, twitter, the angry young man the
freedom fighter sudah mula naik angin akibat Yang Maha Halia. Saya
bimbang keberanian beberapa blogger yang sudah jadi kucing yang dihenyak
ke dinding bertukar menjadi harimau.
- Apakah dengan
menangkap dan memenjarakan Syed Abdullah bin Syed Hussien Al-Attas dan
mereka yang dituduh mengaibkan Sultan Johor tidak akan menjadi satu
malapetaka kepada kerabat diraja di seluruh Tanah Melayu seperti bola
hoki yang menghilangkan imuniti Raja-Raja bermula dari Johor? Lu pikir
la bro..
- Sebab itu alangkah baiknya jika saudara dapat
menerima apa yang berlaku dengan tenang dan penuh rasional. Tak ada
untung bergaduh dengan mereka yang ada media. Pena itu lebih berbahaya
dari peluru berpandu. Jangan nak marah tidak tentu pasal dan libatkan
polis.
Kita hidup dalam negara demokrasi, Sultan sekadar lambang, Sultan
tidak ada hak rasmi kerajaan. Awak tak ada apa-apa kuasa sekadar
lambang sahaja. Yang penting kesultanan bukan Sultan, jangan kerana nila
setitik rosak susu sebelangga.
Bawa bertenang, jika kepala panas
biarkan dada dingin, jika hati panas, kepala perlu dingin. Marah adalah
musuh manusia terbesar yang ada didalam manusia.
- Pergaduhan
dan peperangan tidak akan menyelesaikan masalah. Lebih-lebih lagi yang
berkaitan harta benda, mati satu sen tak boleh di bawa ke kubur. Tengok
apa sudah jadi bukan mudah mahu membersihkan nama yang sudah rosak
akibat menerima nasihat orang keliling yang jadi parasit, yang cinta
dunia takut mati.
- Sepatutnya saudara sebagai Ketua Agama
menjadikan diri kamu sebagai ikon pada rakyat. Apakah satu hari nanti
kita cuma sanggup berkata;
- “Bahawa pada satu masa dahulu
negara kita ini adalah sebuah negara yang indah, permai, aman dan damai
tetapi akibat kelalaian, kesombongan dan kezaliman Raja kita, negara ini
sudah bertukar menjadi padang jarak padang terkukur”. Seperti apa yang
berlaku di Iraq. Kesombongan, kekejaman Saddam Hussien dan Muamar
Gaddafi.
- Inilah kebimbangan saya yang menyebabkan saya
terpaksa sekali lagi menulis Surat terbuka kepada saudara dan saya
bertawakal kepada Allah kerana saya sedar sebesar-besar jihad ialah
berani berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.