SYDNEY: Perdana
Menteri Australia, Cik Julia Gillard, mempunyai sejarah kehilangan
kasut dan satu lagi insiden melibatkan alas kakinya itu membuat Cik
Gillard tersungkur dalam kejadian yang menjadi tajuk berita semalam.
Pemimpin
wanita pertama negara itu, yang minggu lalu menarik perhatian
antarabangsa kerana ucapan pedas tentang seksisme dan sifat benci
perempuan, baru sahaja meletakkan lingkaran bunga di tugu peringatan
Gandhi di New Delhi kelmarin, apabila beliau tersungkur di hadapan
kamera.
Beliau
sedang berjalan ke arah wartawan bagi mengadakan sidang media apabila
tumit kasut tingginya terbenam dalam rumput yang lembut dan beliau
terserembab.
Cik Gillard segera bangun sambil tertawa.
Klip
video yang menunjukkan beliau terjatuh dimainkan berkali-kali di
Australia semalam dan juga digunakan bagi rancangan berita Amerika serta
di laman media sosial.
Penulis
ruangan gosip akhbar tabloid Sydney, Daily Telegraph, menganalisis
bagaimana rumput dan kasut tumit tinggi tidak boleh bertemu.
"Rumput -
tidak boleh merentasinya dengan lemah gemalai menggunakan kasut tumit
tinggi, tidak boleh terserembab ke atasnya dengan memakai jaket (warna)
krim dan bangun tanpa sebarang kotoran," nyata akhbar itu.
"Berita baik adalah, Cik Gillard tidak luka dan sekurang-kurangnya mempunyai gaya membersihkan dirinya dan ketawa."
Cik
Gillard pernah kehilangan kasutnya, sedang beliau dibawa pergi daripada
penunjuk perasaan semasa menghadiri satu acara di Canberra Januari lalu.
Kasutnya kemudian ditemui di laman lelong, eBay./AFP.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.