Followers

Thursday, October 4, 2012

PANAS! Universiti Dari Malaysia Langsung Tidak Tersenarai, Khaled Nordin Mesti Letak Jawatan!

Malaysia terus dilanda sindrom ketinggalan, bukan setakat dari segi ekonomi dan daya saing antarabangsa, malah paling mengejutkan apabila tiada satu pun universiti tempatan berada dalam senarai ranking terbaru yang dikeluarkan Times Higher Education (THES) untuk tahun kedua berturut-turut.
Ranking terbaru untuk tahun 2012-2013 yang dikeluarkan hari ini memperlihatkan tiada satu pun universiti dari Malaysia berada dalam kedudukan 400 universiti terbaik dunia, sekaligus membuktikan bahawa pengenalan universiti bertaraf Apex yang dianugerahkan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) langsung tidak memberi sebarang makna.

Mendahului senarai terbaik semestinya datang dari Amerika Syarikat dengan 76 buah universiti di negara berkenaan berada dalam senarai 200 terbaik walaupun 51 daripadanya menunjukkan skor menurun.

Menduduki senarai pertama universiti terbaik dunia adalah California Institute of Technology (CIT) mengatasi universiti yang sangat dibanggakan Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin yang pernah belajar di Universiti Oxford, United Kingdom yang berada di kedudukan kedua.


 

Di tempat ketiga adalah Stanford University, Amerika Syarikat manakala Harvard University, United Kingdom dan Massachusetts Institute of Technology (MIT), juga dari negara Uncle Sam itu masing-masing pada kedudukan keempat dan kelima.

Universiti terbaik dari benua Asia adalah University of Tokyo, Jepun yang berada pada kedudukan ke-27 dan THES menjangkakan lebih banyak universiti dari China, Korea Selatan dan Taiwan akan mencabar antara satu sama lain untuk berada pada raning yang lebih tinggi tahun depan.

THES juga memberi penghargaan khas kepada universiti dari benua Asia seperti Universiti Tekonologi Nanyang, Singapura kerana melonjak dengan begitu ketara, naik 83 anak tangga dan berada di kedudukan ke-86 dalam senarai universiti terbaik dunia.

Sebuah lagi universiti dari republik itu, National University of Singapore (NUS) berada dalam kedudukan terbaik sepanjang 14 tahun apabila berada di kedudukan ke-29 sekaligus muncul sebagai universiti terbaik dari Asia Tenggara.

Dalam komen ringkas, Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin dengan nada berhelah memberi alasan bahawa universiti dari Malaysia tidak tersenarai kerana THES menggunakan sistem penilaian 10 tahun sedangkan sebuah lagi badan penilai antarabangsa, QS World University Ranking menggunakan sistem penilaian lima tahun yang dianggapnya lebih tepat.

Bagaimanapun dia tidak memberi alasan mengapa Malaysia menerima pakai sistem yang digunakan QS sedangkan THES sebenarnya lebih diiktiraf di peringkat global selepas dipisahkan entiti kedua-duanya pada 2010.

Buktinya, Universiti Malaya (UM) pernah berada dalam senarai ke-180 menggunakan penilaian bersama THES-QS dan ini tidak pernah dipertikaikan oleh Khaled.

Persoalannya, mengapa baru sekarang hendak mengguna pakai ranking yang hanya dikeluarkan QS sedangkan universiti seluruh dunia ternanti-nanti kedudukan mereka dalam senarai THES?

Dan mengapa pula Khaled tidak mampu menjawab bagaimana UM masih belum berada dalam senarai 100 universiti terbaik dunia walaupun menggunakan sistem penilaian QS yang dianggapnya lebih tepat?

Apakah muslihat Khaled hanya semata-mata mahu menutup kegagalannya menjadikan salah satu daripada 20 buah universiti awam di negara ini berada dalam senarai THES?

Malah, Penasihat DAP Lim Kit Siang menulis di laman Twitternya mengatakan sekali lagi Malaysia terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dan apakah Khaled mengambil berat akan hal ini?

Justeru Khaled mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan ini dan mesti meletak jawatan supaya martabat dan kedudukan universiti di negara ini tidak terus jauh tertinggal di belakang, termasuk Thailand!



JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.